seismik

Tumpang Member Pergi Kerja, Sekali Tak Ada Helmet Lebih Ini Buat Ramai Boleh Relate

Memang buat hal bang.

Cover image via @ariffpeter (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sekiranya berlaku kecemasan melibatkan kenderaan, sudah pasti rakan adalah antara orang terawal yang akan kita call bukan?

Jika berlaku kecemasan seperti motor tiba-tiba 'mati', mungkin kita akan menelefon rakan terdekat untuk meminta bantuan.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang lelaki pergi kerja menumpang rakan yang menunggang motosikal disebabkan keretanya rosak.

Apa yang menghiburkan adalah rakannya itu tidak memberitahu lelaki tersebut dia tidak mempunyai helmet lebih menyebabkan dia terpaksa memakai safety helmet yang mungkin digunapakai di tempat kerja.

Balik kerja kena hadap hujan pula

Lelaki berkenaan turut merakamkan video bagaimana situasi dia pulang dari kerja bersama rakannya itu selepas terdapat komen yang menyatakan dia bernasib baik kerana tidak hujan.

Menerusi video tersebut, lelaki itu menunjukkan bagaimana dia betul-betul kena 'hadap' hujan apabila mukanya sememangnya tak dapat dilindungi apabila memakai safety helmet.

"Helmet boleh cari bang tapi kawan susah senang susah mau jumpa, Alhamdullliah jumpa kawan yg baik-baik" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 496.8K views, 27.8K likes dan 362 shares.

Menerusi tinjauan pada bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen di TikTok.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen:

Lihat video-video tersebut di bawah:

@ariffpeter

Alhamdulillah, selamat sampai ke pejabat dengan rasa malu ‍

original sound - Ariff Peter

Tak apalah, nasib baik ada member yang baik tolong :')

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: