seismik

Tular Beg Student Berisi Barangan Berharga Dicuri Ketika Handle Program Di Sebuah Sekolah

Antara barangan tersebut adalah iPad, aksesori produk Apple dan dompet.

Cover image via @ftryel1_ (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular sebuah hantaran di aplikasi X berkongsi sebuah kes kecurian telah berlaku melibatkan beg seorang mahasiswa yang berisi barang berharga telah dicuri

Menerusi hantaran tersebut, mangsa ketika itu sedang mengendalikan sebuah program di sebuah sekolah di mana dia telah meletakkan beg tersebut di kawasan rakan-rakannya meletakkan beg.

Selepas sahaja habis program tersebut, mangsa cuba mencari semula begnya tetapi tidak dijumpai. Antara barang yang ada di dalam beg tersebut ialah iPad, Apple Pencil, Apple Pen, Apple Charger dan dompet yang berisi kad pengenalan, lesen dan kad bank.

Semasa mencari beg tersebut, mangsa tidak sedar kad bank miliknya telah digunakan sebanyak tiga kali dan selepas menyedarinya dia terus menyekat penggunaan kad tersebut dan membuat laporan polis.

Image via @ftryel1_ (X)
Image via @ftryel1_ (X)
Image via @ftryel1_ (X)

Terdapat rakaman CCTV orang yang disyaki mencuri dan menggunakan kad bank tersebut

Menerusi thread tersebut, difahamkan terdapat seorang lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa dalam lingkungan umur 30 hingga 40 tahun dilihat bersama seorang pelajar remaja berpakaian sukan disyaki terlibat dalam kes tersebut.

Terdapat rakaman CCTV yang menunjukkan suspek-suspek tersebut disyaki melakukan transaksi menggunakan kad bank milik mahasiswa berkenaan.

Image via ftryel1_ (X)
Image via ftryel1_ (X)

Lokasi terakhir peranti iPad mangsa dikesan jauh daripada lokasi asal

Kenderaan suspek juga dapat dikenal pasti apabila terdapat juga rakaman CCTV yang diperoleh semasa suspek disyaki menggunakan kad bank mangsa.

Lokasi terakhir iPad milik mangsa juga dapat dikesan sebelum peranti itu dimatikan malangnya ianya berada agak jauh daripada lokasi asal mangsa.

Dalam pada itu, wanita yang membuat hantaran di aplikasi X tersebut mengharap orang ramai dapat membantu mereka mencari semula barang-barang berharga tersebut kerana mereka masih lagi pelajar.

Image via @ftryel1_ (X)
Image via @ftryel1_ (X)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: