Peniaga Pelik Ubi Getuk Dijual Rasa Masam, Minta Pembeli Datang Kembali Untuk Ganti Wang
Ini baru betul berniaga jaga kualiti.
Macam-macam kes melibatkan bazar Ramadan di sosial media kita boleh lihat hari ini
Kebanyakannya mengadu tentang harga dan kualiti yang mereka dapat di bazar Ramadan. Tak dinafikan, sekarang harga makanan juga makin mahal.
Sampai kadang kala fikir dua tiga kali untuk membelinya. Lebih mengecewakan adalah apabila kita sendiri dapat makanan yang tidak padan dengan harganya. Mestilah rasa marah dan kecewa betul tak?
Namun, berbeza dengan seorang peniaga ini apabila dia membuat posting di dalam group di Facebook untuk meminta pelanggannya mengambil kembali wang mereka dek kerana kualiti makanan yang dijual telah mendapat perhatian ramai.
Lihat ciapan itu di bawah:
Image via Facebook
Minta pelanggan yang telah beli ubi getuknya untuk datang ambil duit balik
Menerusi ciapan tersebut, difahamkan peniaga itu berniaga di sebuah bazar Ramadan di Bangi dengan menjual ubi getuk.
Namun, semasa dia berbuka, dia memakan sendiri ubi getuknya dan merasa masam pada makanan tersebut.
Disebabkan itu, dia merasa bersalah dan membuat posting berkenaan dan meminta agar pelanggan yang merasa benda sama untuk datang kembali mengambil wang mereka.
"Saya tak nak makan wang yang tak berkah. Saya takut, takut sangat tolong lah," tulisnya.
Image via Harian Metro
"Terbaik. Budaya macam ni kita kene jadi contoh dan amalkan di bulan baik" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memuji tindakan peniaga tersebut dan memberikan pelbagai reaksi mereka.
Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 454 likes, 72 comments dan 6 shares di Facebook.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Facebook:
Image via Facebook
Image via Facebook
Image via Facebook
Image via Facebook
Mungkin dia rasa bersalah dengan kualiti makanan yang dijual :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment