Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Pening Nak Cari Makan? Ini 12 Tempat Makan Best Jika Anda Singgah Di Ipoh, Wajib Cuba!

Weekend trip? Let's go!

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti umum tahu, perjalanan merentas negeri sudah mula dibenarkan untuk semua orang

Bukan itu saja, sektor pelancongan juga dilihat sudah mula dibuka sedikit demi sedikit dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Iyalah, kita masih belum menang melawan Covid-19 ini.

Oleh itu, penjagaan dan kebersihan diri perlu diutamakan ketika berada di tempat yang ramai. Bagi anda yang ingin bercuti ke Ipoh, pasti perkara pertama yang terlintas di fikiran anda adalah nak makan nasi ganja betul tak?

Sebenarnya banyak lagi tempat dan port best anda boleh datang jika singgah di Ipoh ini. Jom kita tengok tempat best yang telah kami senaraikan di bawah!

1. Restoran New Hollywood

Image via Menarik Di Utara

Jika anda singgah di Ipoh untuk mencari makan, pasti akan melihat nama Restoran New Hollywood ini. Restoran ini adalah antara kedai makan yang paling famous dan sentiasa dikunjungi ramai orang. Makanan juga sedap belaka!

Alamat: Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak.
Waktu operasi: Setiap hari 7 pagi hingga 6 petang.

2. Petit Mary Patisserie

Image via VMO

Khas untuk peminat pastri. Design kedai pastri ini sangat menarik mata pelanggan yang datang. Makanan dan harganya yang affordable akan membuat anda jatuh cinta di sini.

Alamat: 83, Jln Langsat, Taman Teh Teng Seng, 31400 Ipoh, Perak.
Waktu operasi: Setiap hari 9 pagi hingga 8 malam.

3. Suhaimi Cafe

Image via Mozacrunch (Facebook)

Antara menu wajib anda cuba dan paling popular di sini adalah roti benggali & kari ayam. Selain itu, terdapat juga roti titab yang anda boleh cuba. Sedap betul!

Alamat: 57, Laluan Jelapang Selatan, Taman Kledang Permai, Ipoh Perak.
Waktu operasi: Setiap hari (kecuali selasa) 7.45 pagi hingga 1 petang.

4. Kedai Kopi Yong Suan

Image via Ixora Homes

Menu paling popular di kedai ini adalah nasi ganja mereka. Disebabkan itu, restoran ini selalu penuh dengan orang ramai yang ingin mencubanya.

Alamat: 2, Jalan Yang Kalsom, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak.
Waktu operasi: Setiap hari 9.30 pagi hingga 6 petang.

5. Green Town Dimsum Café

Image via Ana Suhana

Bagi peminat makanan Cina, anda tidak perlu risau kerana mereka memiliki sijil halal bagi mengesahkannya. Dimsum mereka adalah menjadi utama dan wajib dipesan jika singgah ke sini. Mereka juga menjual pelbagai jenis mee dan nasi.

Alamat: 10, Persiaran Greentown 4, Greentown Avenue, 30450 Ipoh, Perak.
Waktu operasi: Setiap hari (kecuali selasa) 8.30 pagi hingga 6.30 petang.

6. Medan Selera Dataran Dato Sagor

Image via Airah Syahirah

Jika anda mahu bersarapan dan menikmati makanan yang enak. Di sini adalah jawapannya. Antara makanan yang terkenal di sini adalah telur goyang. Pelbagai makanan lain juga yang dijual.

Alamat: Jalan Dato Sagor, 30000 Ipoh, Perak.
Waktu operasi: Setiap hari 8 pagi hingga 5 petang.

7. Ipoh Hainan Chicken Rice

Image via @JatIkhwan (Twitter)

Bagi penggemar nasi ayam, anda wajib untuk cuba di restoran ini jika berada di Ipoh. Rasanya yang asli dan enak pasti membuatkan anda jatuh cinta dengannya

Alamat: 107, Jalan Raja Musa Aziz, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak.
Waktu operasi: Setiap hari 11 pagi hingga 10 malam.

8. Rojak N Cendol Padang Ipoh

Image via Sembang Kuat

Setelah seharian penat berjalan, apa kata singgah minum petang sambil menikmati rojak dan cendol di sini. Pasti segar terus badan lepas makan ini.

Alamat: 17, Jalan Tun Sambanthan, 30000 Ipoh, Perak.
Waktu operasi: Setiap hari 10.30 pagi hingga 7.30 malam.

9. Salmah Kopitiam

Image via Foursquare

Apa yang istimewa di kedai ini adalah anda boleh menikmati kacang pool, telur goyang, laksa Johor dan pelbagai lagi hidangan menarik. Minumannya juga memang rasa kaw!

Alamat: 92, Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview, 31350 Ipoh, Perak.
Waktu operasi: Setiap hari (kecuali isnin) 8 pagi hingga 2.30 petang.

10. Mee Udang Ketam Sempoiii Diraja

Image via Tempat Menarik

Dah dengar namanya pun sangat menarik. Kedainya juga selesa dengan hidangan dan servis terbaik dari mereka. Jom cuba di sini!

Alamat: 51, Lorong Sungai Choh 10, 31250 Ipoh, Perak.
Waktu operasi: Setiap hari (kecuali selasa) 4 petang hingga 11.45 malam.

11. Tomyam Batu 6

Image via Foursquare

Peminat tom yam, sila munculkan diri anda. Dengar cerita tom yam di sini sedap di samping pelbagai menu masakan mereka. Pasti lebih enak jika anda mencuba menu lain juga.

Alamat: Tambun, Lorong Delima 4/3, Kampung Tersusun Batu 5, 31400 Ipoh, Perak.
Waktu operasi: Setiap hari 3.30 petang hingga 11.45 malam.

12. Foods Project Cafe

Image via Foods Project Cafe (Facebook)

Suka makanan Barat yang bersaiz besar? Foods Project Cafe adalah jawapannya. Makanan western di sini penuh dengan cita rasa dan keenakan makanannya.

Alamat: 1, Jalan Sci 1/7, Sunway City, 31150 Ipoh, Perak.
Waktu operasi: Setiap hari 3.30 petang hingga 10.30 malam.

Kalau korang plan nak ke Ipoh, boleh cuba makan dekat tempat-tempat ini okay! :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment