Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Penjawat Awam Yang Malas & Lembab Tidak Akan Dapat Kenaikan Gaji Automatik - PMX

Anwar menekankan bahawa kenaikan gaji itu harus dinikmati secara adil.

Cover image via Berita Harian Kosmo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan bakal memperkenalkan kaedah yang melihat kepada prestasi kerja serta kecekapan penjawat awam bagi menentukan sama ada mereka berhak menerima kenaikan gaji

Memetik laporan daripada Berita Harian, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan langkah itu bagi memastikan kenaikan gaji tidak berlaku secara automatik sepenuhnya.

Ia berikutan pelaksanaan kenaikan gaji yang lazim mengikut tahun perkhidmatan ada ketikanya turut membabitkan penjawat awam bermasalah.

"Berhubung pengumuman kenaikan gaji, ada pembangkang yang mempertikaikan... itu tidak usah kita kira kerana pemilihan (kenaikan gaji) itu adalah berdasarkan prestasi.

"Sekarang umpamanya mengikut tahun (perkhidmatan), kadang-kadang orang itu lembap bekerja, tidak hadir, ada masalah disiplin (tetapi) terus dinaikkan gaji secara automatik. Kita hendak mengingatkan ia (kenaikan gaji) tidak automatik (sepenuhnya).

"Mungkin automatik untuk 95 peratus... bagi lima peratus yang dirasakan lembab dan ada masalah itu, kita akan memperkenalkan kaedah supaya mereka dinafikan (kenaikan gaji)," katanya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kosmo

Ulas harus pertimbangkan penjawat awam yang malas untuk kenaikan gaji

Pada hari Rabu yang lalu, Perdana Menteri telah mengumumkan berita gembira bahawa penjawat awam bakal menikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus yang merupakan kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara, mulai Disember depan.

Beliau menekankan bahawa kenaikan gaji itu harus dinikmati secara adil, justeru kaedah atau mekanisme yang sesuai harus dipertimbangkan bagi mencapai hasrat berkenaan.

"Tidak adil jika orang yang bekerja tungkus lumus mendapat kenaikan (gaji), orang yang malas lembab pun mendapat kenaikan secara automatik, jadi harus diberikan pertimbangan itu," katanya.

Media melaporkan Anwar memberi jaminan bahawa kenaikan gaji penjawat awam yang dijangka membabitkan kos lebih RM10 bilion, mampu dilaksanakan menerusi kawalan pengurusan kewangan kerajaan.

Image via Harian Metro

Lihat video itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment