seismik

Kena Paksa Bersalin Secara Normal, Kepala Bayi Songsang Terputus

Paling menyedihkan kepala bayinya turut terputus dan tertinggal di dalam rahim.

Cover image via Sinar Harian & Berita Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kegembiraan untuk menyambut kelahiran anak sulung bertukar duka buat seorang wanita di Indonesia

Tribun-Medan.com melaporkan mangsa dikenali sebagai MS berusia 36 tahun dari Banjarmasin itu tidak dapat menahan kesedihan selepas kehilangan puteranya, gara-gara dipaksa melahirkan secara normal walaupun bayinya berada dalam kedudukan songsang.

Apa yang paling menyedihkan adalah kepala bayinya turut terputus dan tertinggal di dalam rahim ketika proses kelahiran menyakitkan pada 14 April lalu.

Difahamkan, bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.

"Saya dipaksa meneran sekuat hati. Suami saya amat terkejut apabila melihat bayi kami keluar tanpa kepala.

Beberapa kakitangan perubatan itu kemudiannya menggunakan alat vakum untuk mengeluarkan kepala yang tertinggal," katanya.

Image via Sinar Harian

Menurutnya, bayi berkenaan sudah disahkan songsang sejak usia kehamilannya mencecah tujuh bulan.

Jenazah bayi tersebut yang kepalanya sudah dijahit pada badan dilaporkan selamat disemadikan berhampiran rumah datuknya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: