Penonton Bertuah Calpis Soda OIAM Bakal Terima Hadiah Mingguan Kereta Peugeot Landtrek
Jangan lupa tonton Calpis Soda OIAM yang disiarkan di TV3 mulai 22 Disember ini, jam 9 malam!
Program nyanyian paling ikonik di Malaysia iaitu Calpis Soda One In A Million (OIAM) kini kembali selepas 15 tahun dan bakal mengubat rindu para peminat!
Selepas selesai sesi uji bakat di tujuh buah lokasi dan platform atas talian, Calpis Soda OIAM 2024 kini mengumumkan 100 peserta terbaik yang telah berjaya lolos di sesi uji bakat.
Menerusi satu sesi sidang media yang diadakan di Jio Space, Petaling Jaya, kesemua 100 peserta diperkenalkan dan kini, mereka akan bersaing berhabis-habisan kerana hanya 12 peserta terbaik dipilih untuk berentap dalam Calpis Soda OIAM yang bakal bersiaran secara langsung di TV3 nanti.
Akan mula ditayangkan pada 22 Disember 2024, program Calpis Soda OIAM kali ini dibawakan khas oleh penaja utama Calpis dan rakan penaja iaitu Peugeot, Oppo dan Yes5G.
Image via TV3 Malaysia
Bagi musim terbaharu ini, program Calpis Soda OAM bakal menggandingkan Haniff Hamzah dan Fiza Frizzy sebagai hos program manakala menampilkan gandingan Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain dan Cakra Khan sebagai juri tetap.
Untuk format program, para peserta bakal berentap selama tujuh minggu melangkah ke peringkat akhir pada minggu kelapan.
Pemenang mingguan akan ditentukan oleh juri (60%) dan undian daripada penonton (40%).
Juara Calpis Soda OIAM 2024 dan penonton bertuah di rumah bakal terima hadiah lumayan!
Untuk edisi kali ini, juara Calpis Soda OIAM bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM500,000, sebuah kereta jenis Peugeot 408 GT dan kontrak rakaman bernilai RM400,000.
Menariknya lagi, hadiah lumayan juga bukan sahaja menanti peserta, tetapi para penonton turut berpeluang untuk memenangi hadiah mingguan.
Rakan penaja iaitu jenama kenderaan antarabangsa, Peugeot bakal menghadiahkan kereta jenis Peugeot Landtrek pada setiap minggu buat tujuh penonton bertuah.
Image via TV3 Malaysia
Image via TV3 Malaysia
Menurut Pengarah Urusan Stellantis Malaysia, Jamie Francis Morais, hadiah tersebut adalah sebagai tanda keterujaan mereka menjadi penaja bersama Calpis bagi program Calpis Soda OIAM.
"Peugeot Malaysia berasa amat teruja menjadi penaja hadiah mingguan dan hadiah utama untuk Calpis Soda OIAM, ia adalah sebuah platform yang memberi inspirasi kepada peserta untuk menembus sempadan dan mengejar impian mereka.
"Dengan tiga tonggak utama Allure, Emotion, dan Excellence, Peugeot Malaysia memberi sokongan penuh kepada kreativiti dan inovasi.
"Dua model ikonik mereka Peugeot Landtrek yang gagah dan serba boleh, direka untuk menakluk kedua-dua jalan bandar dan laluan luar jalan, serta Peugeot 408 GT yang anggun dan ikonik, adalah simbol semangat revolusi jenama ini dan falsafah ‘Bahasa Tarikan’ mereka.
"Kedua-duanya mendefinisikan keanggunan automotif dan pengembaraan sejati," katanya.
Image via TV3 Malaysia
Buat para peminat yang sudah lama menantikan program terulung ini, nantikan konsert minggu pertama Calpis Soda OIAM yang bakal menggegarkan pentas hiburan dengan tenaga baharu, momen-momen indah, dan rasa keterujaan yang mendebarkan bermula 22 Disember ini.
Ikuti @TV3Malaysia di semua platform media sosial untuk perkembangan terkini dan sertai kemeriahan Calpis Soda One In A Million.
Rasai debaran dan nikmati gabungan hiburan terbaik serta kesegaran yang tiada tandingan bersama Calpis Soda, soda susu kultur pilihan utama anda musim ini!
Layari Facebook dan Instagram Calpis Soda sekarang untuk maklumat lanjut tentang promosi hebat dan peluang menyertai kejutan mingguan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment