Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Intern Dari Neraka" - Perangai Budak Praktikal Yang Diva Ini Cetus Bualan Ramai

Tiba-tiba nak berhenti.

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Baru-baru ini, tular sebuah posting mengenai seorang supervisor yang meluahkan perasaan tentang budak internnya

Menerusi posting berkenaan yang tular di Facebook, seorang supervisor dilihat berkongsi e-mel yang dihantar oleh internnya. 

Lihat posting itu di bawah: 

Image via Mohd Nizam (Facebook)

Image via Mohd Nizam (Facebook)

Dilabel intern dari neraka kerana ada perangai entitled

Menerusi posting berkenaan, dia dilihat meluahkan perasaan tidak puas hatinya kepada salah seorang pelajar latihan industri.

Hal itu disebabkan pelajar itu telah menghantar e-mel kepada supervisornya mengenai dirinya hendak berhenti daripada terus berkhidmat kerana dia baru sahaja mengetahui bahawa latihan industri di universiti hanya memerlukan pelajar itu berkhidmat selama 18 minggu.

Sedangkan perjanjian yang telah dibuat antara pelajar dan syarikat itu adalah selama 24 hingga 25 minggu. Alasan pelajar itu adalah untuk mempersiapkan diri untuk mengambil peperiksaan MUET dan persiapan untuk ke universiti.

Supervisornya dilihat tidak puas hati kerana pelajar itu tidak berbincang dengan budi bahasa, pelajar itu dilihat telah membuat keputusan sendiri dan menghantar e-mel kepadanya untuk memberitahu yang dia bakal tamat latihan industri pada akhir bulan tersebut.

Bagi pendapat supervisornya itu, seseorang pelajar latihan industri tidak seharusnya mempunyai perangai 'Diva' dan rasa dirinya yang terpaling hebat sedangkan pelajar itu belum lagi bergraduasi dan memperolehi pengalaman bekerja yang luas.  

Tambahnya lagi, pelajar itu pernah merayu untuk penempatan latihan industrinya pada awal semester. Namun, pelajar itu dilihat bertindak seperti kacang lupakan kulit.

Lihat gambar di bawah:

Image via Mohd Nizam (Facebook)

"Rugi gila dia pergi cut the network cable macam tu aje. Tujuan dia ambil degree tu bukan ke untuk dia dapatkan pekerjaan? Ah, nevermind. I know that brat won't be missed" - Netizen

Susulan tularnya posting itu yang kini meraih sehingga 1.6K tanda suka, 30 komen dan 3K kongsi di Facebook, rata-rata netizen juga turut berang. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:

Image via Mohd Nizam (Facebook)

Image via Mohd Nizam (Facebook)

Image via Mohd Nizam (Facebook)

Image via Mohd Nizam (Facebook)

Macam-macam ragam manusia ya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment