seismik

[VIDEO] Penduduk Terkejut Jumpa Bayi Baru Lahir Dibuang Di Tepi Jalan Tanpa Seurat Benang

Allahu, siapalah mak dia ni.

Cover image via @qalroslan (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular sebuah insiden yang menyayat hati di Balakong, Hulu Langat, Selangor

Penduduk di Apartment Ghazal terkejut kerana terjumpa bayi yang baru lahir di kawasan parkir kereta rumah mereka. 

Bayi itu ditinggalkan di situ kesejukan tanpa seurat benang. Sehingga kini, pelakunya tidak dapat dikenal pasti. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Bayi itu meninggal dunia setelah menerima rawatan di Hospital Serdang

Menurut sumber, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hasan berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki pada 7 pagi.

“Bayi itu dipercayai baharu dilahirkan kerana masih mempunyai tali pusat dan uri dan tiada sebarang pakaian atau nota ditinggalkan bersama bayi berkenaan.

“Mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan awal dan disahkan berada dalam keadaan tenat.

“Setelah rawatan diberikan, pihak hospital mengesahkan bayi berkenaan meninggal dunia pada 10.35 pagi,” katanya.

Kesiannya bayi tu, siapalah yang sanggup buat macam ni ya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: