seismik

“Jadi Kuritaman Sudah Dia” - Budak Ini Panik Tiba-Tiba Sotong Kurita Melekat Dekat Badan

Kawan-kawan dia pun dah gelabah tu.

Cover image via Sandakankini KECOH (Facebook)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Mandi di lautan sudah semestinya agak berbahaya

Iyalah, kita tidak tahu apa yang ada dalam laut itu. Mungkin ada binatang yang berbahaya sehingga boleh mengancam nyawa. 

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan budak seronok mandi di laut namun lain pula jadinya telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Seekor sotong kurita melekat dekat badan salah seorang budak

Menerusi video berkenaan, kelihatan tiga orang budak sedang berdiri di belakang tembok setelah bermandi-manda di laut. 

Apa yang lebih mengejutkan ramai adalah apabila salah seorang budak kelihatan panik dan menangis disebabkan ada seekor sotong besar yang melekat di belakang badannya. 

Kawan-kawan yang lain juga gelabah menolong dan menarik sotong itu daripada terus melekat di badan budak itu.

"Bawak balik dik, suruh mak masak" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 919 tanda suka, 321 komen dan 2K kongsi di Facebook, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:

Aduhai macam mana boleh jadi macam tu, kesian betul!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: