"Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong Untuk Rakyat Malaysia Kini Dibuka" - JPA
Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menjadi sebahagian daripada penerima biasiswa paling berprestij di Malaysia.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa rakyat Malaysia yang cemerlang dan berwawasan tinggi untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025
Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) atau dikenali sebagai King’s Scholarship bertujuan untuk menaja warganegara Malaysia yang cemerlang di dalam bidang akademik dan bukan akademik bagi melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Lanjutan (Sarjana dan Kedoktoran) di universiti dalam dan luar negara secara sepenuh masa.
Objektif utama program ini untuk memberi pengiktirafan kepada warga Malaysia yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah diri untuk melanjutkan pengajian dalam bidang-bidang yang akan memberi manfaat kepada Negara.
Dalam satu kenyataan di Facebook, mereka memberitahu biasiswa ini ditawarkan kepada pelajar peringkat Sarjana (Penyelidikan) dan Doktor Falsafah (Ph.D) secara sepenuh masa di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia dalam bidang-bidang strategik yang memberi impak besar kepada pembangunan negara.
"Ia termasuk Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Ekonomi, Undang-Undang, Kewangan Islam serta Kecerdasan Buatan (AI)," katanya.
Syarat umum:
- Warganegara Malaysia dan
- Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari tahun penawaran.
*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa
Syarat khusus:
(a) Mempunyai keputusan akademik yang amat cemerlang iaitu:
- Calon Sarjana: Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya; atau
- Calon Kedoktoran: Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
Garis Panduan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong, Bilangan 1 (Januari 2023), Jabatan Perkhidmatan Awam
(b) telah mendapat tawaran tanpa syarat (unconditional offer) atau telah memulakan pengajian secara sepenuh masa dalam tahun penawaran di institusi pengajian tinggi yang disenaraikan oleh JPA mengikut bidang pengajian;
(c) pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan sahaja yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan atau disertasi atau tesis.
(d) terlibat dalam penghasilan kerja-kerja yang mengandungi elemen kreatif dan inovatif seperti penulisan, reka cipta seni atau teknologi dan sebagainya iaitu:
- Calon Sarjana: Penglibatan calon secara aktif adalah satu kelebihan; atau
- Calon Kedoktoran: Penglibatan calon adalah wajib.
*Tertakluk kepada dasar penajaan semasa
Bidang pengajian:
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2025 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana (Penyelidikan) atau Doktor Falsafah (Ph.D) secara sepenuh masa dalam bidang-bidang berikut:
- Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM);
- Ekonomi;
- Undang-Undang;
- Kewangan Islam; dan
- Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence).
Calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian melalui portal rasmi JPA di https://bmipenajaan.jpa.gov.my
Selepas melengkapkan borang permohonan, pemohon perlu mencetak dan menandatangani borang permohonan, melampirkan dokumen sokongan yang diperlukan dan menghantar dokumen lengkap kepada JPA sebelum atau pada 7 Mac 2025.
Dokumen lengkap boleh dihantar melalui serahan tangan atau pos ke alamat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Pembangunan Modal Insan, Aras 3, Blok C2, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 PUTRAJAYA.
Image via Jabatan Perkhidmatan Awam (Facebook)
Image via Jabatan Perkhidmatan Awam (Facebook)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment