Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Perpustakaan Negara Sediakan Bilik Sewa 'Working Space' Dengan Harga Serendah RM2

Sesuai untuk sesiapa yang kerja dari rumah atau remotely ni!

Cover image via @ainulnunanaa (X)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular baru-baru ini sebuah posting yang memaparkan Perpustakaan Negara menyediakan servis sewaan bilik working space dengan harga serendah RM2 sahaja!

Menerusi perkongsian @AinulNunanaa di X, dia berkongsi servis yang disediakan oleh Perpustakaan Negara itu sesuai buat individu yang bekerja secara remote.

Tambahnya, orang ramai juga tidak perlu membayar untuk membuat membership dan boleh meminjam buku selepas mendaftar membership.

Image via @ainulnunanaa (X)

Kadar RM2 untuk sewaan 4 jam, RM4 untuk satu hari

Kemudahan bilik sewaan yang dipanggil bilik karel tersebut boleh memuatkan sehingga dua orang dalam satu bilik.

Dengan hanya membayar RM2, anda boleh menggunakan bilik berkenaan dalam masa 4 jam manakala bagi yang mahu menggunakan dalam tempoh yang lebih lama, anda boleh menyewa dengan harga RM4 untuk sewaan sehari.

Kemudahan lain yang disediakan dalam sewaan bilik ini adalah meja, kerusi dan kemudahan elektrik untuk penggunaan komputer riba.

Image via @ainulnunanaa (X)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment