Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Persatuan Haiwan Malaysia Tawar RM3,000 Cari Pelaku Anak Kucing Disimbah Cat Putih

Wang tunai itu ditawarkan jika pelaku dapat ditahan dan dibuktikan bersalah di mahkamah.

Cover image via @izzat_bashir (X)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular mengenai seekor anak kucing yang disimbah cat putih di laman X telah mendapat perhatian warganet

Seorang pengguna X bernama @izzat_bashir menjumpai kucing yang diselaputi dengan cat putih seperti sedang meminta pertolongan dalam keadaan yang lemah.

Apa yang membuatkan ramai geram adalah perbuatan tersebut dipercayai dilakukan oleh seorang individu yang telah menyimbah cat berkenaan kepada kucing itu dengan sengaja.

Persatuan Haiwan Malaysia tawar ganjaran tunai RM3,000 kepada pemberi maklumat dengan bukti lengkap

Ekoran isu tular itu, Persatuan Haiwan Malaysia melalui Malaysia Animal Crime Transparency (MyAct) telah menawarkan ganjaran tunai sebanyak RM3,000 kepada penyalur maklumat.

Syaratnya, penyalur maklumat itu harus menampilkan pembuktian lengkap, jelas dan sah mengenai penganiaya haiwan menyimbah cat putih ke atas seekor anak kucing yang tular di media sosial.

Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika, berkata tindakan itu tidak bertanggungjawab dan mengancam nyawa kucing terbabit kerana bahan kimia boleh memudaratkan kesihatannya jika ia menjilat badannya.

"Saksi kejadian atau penduduk Gombak boleh tampil menyalurkan aduan mengenai kejadian kejam, zalim dan tidak berperikemanusiaan ke hotline Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) di WhatsApp 010-5394749," katanya.

Image via @izzat_bashir (X)

Kes terbabit boleh disiasat mengikut Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015 kerana mendatangkan kemudaratan kepada kucing, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda sehingga RM100,000 jika sabit kesalahan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment