Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Persis Jenama Mewah Gucci, Beg Tangan Keluaran Bata Berharga RM119 Ini Jadi Rebutan Ramai

Dah sold out di laman web rasmi Bata, Shopee dan Zalora.

Cover image via Gucci @fizzxuan (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Siapa tidak kenal dengan jenama mewah Gucci, setiap pencinta fesyen pasti mendambakan untuk memiliki barangan dari jenama mewah asal Itali ini

Walau bagaimanapun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok mengenai sebuah beg tangan keluaran Bata dikatakan mirip seakan-akan jenama mewah Gucci.

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah rekaan, bentuk dan warna beg tangan dari Bata itu pula semuanya kelihatan sama seperti beg tangan Gucci.

Tonton video penuh tersebut di bawah:

Image via @fizzxuan (TikTok)

Image via @fizzxuan (TikTok)

Beg tangan keluaran Bata itu telah sold out di Malaysia selepas viral kelihatan seperti jenama mewah Gucci

Sebagai rekod, Jackie 1961 small shoulder bag keluaran Gucci dijual pada harga RM11,411.40, manakala beg tangan Prive keluaran Bata itu pula cuma berharga RM119.

Malah, hasil carian di internet juga mendapati beg tangan Bata itu sudah tidak dijual dan telah sold out di laman web rasmi Bata, Shopee dan Zalora.

Image via Shopee

Image via Gucci

"Okay done beli online, confirm ramai serbu Bata lepas ni" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut teruja dengan beg tangan keluaran Bata itu dan turut memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 710.9K views, 34.5K likes dan 1066 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @fizzxuan (TikTok)

Image via @fizzxuan (TikTok)

Image via @fizzxuan (TikTok)

Image via @fizzxuan (TikTok)

Fuh cepat betul netizen buat kerja ya, sampai sold out dah :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment