Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Pilot Kongsi Rekomendasi Baru Cara Penyimpanan Powerbank Di Dalam Pesawat

Difahamkan, sudah berlaku beberapa insiden kebakaran powerbank apabila disimpan di dalam overhead bin.

Cover image via TikTok liveandlet'sfly

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Disebabkan banyak berlaku insiden powerbank meletup dan terbakar, penumpang dinasihati supaya tidak lagi meletakkannya di dalam beg yang disimpan dalam overhead bin

Menerusi perkongsian @mrturboprop di TikTok, juruterbang itu memberi saranan dan peringatan kepada penumpang kapal terbang supaya tidak lagi meletakkan powerbank di dalam beg yang kemudiannya disimpan di dalam overhead bin.

Dia memberitahu, apa yang boleh dilakukan penumpang adalah dengan memegang sendiri powerbank atau disimpan di dalam poket semasa berapa di dalam pesawat.

Tambahnya, powerbank boleh sahaja disimpan di dalam beg tetapi beg tersebut perlulah disimpan di bawah bahagian kaki.

Perkara ini disebabkan cabin crew boleh bertindak dengan lebih cepat jika berlaku insiden yang tidak diingini berbanding jika powerbank disimpan di ruangan letak barang atas kepala.

Image via TikTok

Juruterbang terbabit turut menjawab persoalan tentang risiko powerbank meletup jika diletak di dalam poket sendiri

Menerusi tinjauan di bahagian komen, terdapat soalan yang mungkin juga bermain di fikiran ramai tentang risiko powerbank meletup membahayakan individu yang memegang sendiri peranti tersebut.

Menjawab persoalan itu, juruterbang terbabit memberitahu powerbank selalunya akan panas secara tiba-tiba sebelum meletup.

Dia menasihati jika penumpang merasakan kepanasan itu, mereka perlulah segera memberitahu cabin crew untuk tindakan selanjutnya.

Image via TikTok

Lihat video tersebut di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment