PLUS Kini Tawarkan Penggantian Pelekat Tag RFID Yang Rosak & Sukar Diimbas Secara Percuma
Semoga bermanfaat untuk semua pengguna lebuh raya.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Umum sedia maklum, pelaksanaan penggunaan RFID di plaza tol telah pun berkuatkuasa bermula pada 15 Januari lalu di seluruh rangkaian Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)
Begitupun, pelbagai maklum balas yang diterima dan diluahkan oleh para pengguna melalui media sosial masing-masing.
Antaranya masalah yang didakwa kerap berlaku kepada para pengguna ialah pelekat tag RFID mudah rosak dan sukar diimbas oleh sensor semasa berada di laluan plaza tol.
Walau bagaimanapun, PLUS menerusi kenyataan rasmi baru-baru ini, memaklumkan bahawa pihaknya telah mengambil beberapa inisiatif untuk menangani isu kesesakan yang timbul di plaza tol.
Malah, PLUS turut memberitahu, pihaknya juga telah mengambil tindakan untuk penambahbaikan berdasarkan maklum balas yang dikongsikan oleh orang ramai.
Berikut antara beberapa inisiatif PLUS untuk menangani isu kesesakan yang timbul di plaza tol:
1. Tambah papan tanda ke arah lorong RFID di plaza tol
PLUS telah menambah kakitangan untuk membantu para pengguna di plaza tol, serta meningkatkan keterlihatan papan tanda arah untuk meningkatkan pengenalan lorong RFID.
2. Imbas tag RFID secara manual oleh kakitangan plaza tol
Kakitangan tol akan menggunakan peranti mudah alih untuk mengimbas tag RFID sekiranya ada pengguna yang mengalami masalah pengesanan di lorong RFID. Jika tag masih tidak dapat dikesan, kupon untuk diagnostik pengesanan penuh di pusat fitmen Touch ‘n Go yang terdekat akan disediakan.
3. Percuma ganti pelekat tag RFID jika masih tidak boleh diimbas dan rosak
Jika pelekat tag RFID pengguna masih mempunyai isu pengesanan selepas ujian dijalankan, pihak Touch ‘n Go akan menggantikan tag pelekat RFID secara percuma.
Dalam pada itu, jelas PLUS lagi, sebanyak 10% pengguna telah beralih kepada kaedah pembayaran tanpa tunai RFID selepas ia dilaksanakan pada 15 Januari 2022 di seluruh Lebuhraya Utara-Selatan pada hujung minggu lalu.
Para pengguna juga dialu-alukan untuk memberikan sebarang maklum balas melalui talian PLUSLine 1800-88-0000 dan chatbot PLUS atau P.U.T.R.I melalui Aplikasi PLUS.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment