seismik

"Bakal Diwajibkan Tak Lama Lagi" - Ini Cara Mudah Nak Pasang Sendiri RFID Pada Kereta Anda

Boleh try guys!

Cover image via Berita Harian & @IzzuddinYussof (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bagi pengguna jalan raya, tol merupakan perkara yang sering dilihat

Tambahan lagi, jika anda selalu menggunakan jalan tersebut untuk ke tempat kerja. Memang hari-hari jumpa tol itu.

Lorong tol mempunyai pelbagai jenis, antaranya Touch ’n Go, Smart Tag dan yang terbaru dan menjadi perbualan sekarang ialah RFID. RFID ialah sistem pembayaran elektronik yang menggunakan pelekat pengenalan frekuensi radio yang juga dikenali sebagai TNG RFID Tag semasa berada di lorong tol.

Kini, ramai dilihat sudah memasang RFID kerana mudah. Selain itu, kerajaan juga menggalakkan orang ramai menggunakannya sistem ini.

Jom kami kongsikan kepada anda thread daripada seorang pengguna Twitter bagaimana cara anda mahu memasang sendiri RFID ini.

1. Daftar info kereta dalam TnG e-wallet

Untuk langkah pertama, anda perlu download aplikasi TnG e-wallet. Kemudian buka aplikasi tersebut dan isikan maklumat seperti yang diminta. Pergi ke bahagian tol dan pilih RFID dan tekan butang Activate RFID Tag.

2. Hubungkan kereta dengan RFID Tag

Selesai saja langkah pertama, ia akan meminta anda meletakkan RFID Tag Number. Anda perlu memasukkan nombor satu persatu seperti gambar di bawah.

3. Tunggu status bertukar 'Active'

Selepas siap masukkan nombor dengan betul, status akan bertukar ‘pending activation’ . Namun, anda perlu menunggu dalam 1 hingga 2 minit untuk diaktifkan.

4. Pasang RFID Tag pada kereta

Terdapat beberapa tips penting anda perlu tahu sebelum memasang RFID pada bahagian kereta anda:

1. Pasang pada cermin lampu sebelah kiri

Jangan pasang pada cermin depan (windscreen). Ini kerana ia kurang berkesan jika cermin kereta anda tinted. Jadi sentiasa pasang dekat lampu.

2. Jangan pasang pada besi

Ini kerana sebahagian kereta hujung lampu permukaannya tidak begitu menghadap ke depan. Sekali gus, ia berisiko RFID Tag ini tidak berjaya dicapai oleh detector pada laluan tol.

3. Letak bagi seimbang atas dan bawah cermin

Ini bertujuan untuk bagi RFID Tag sejauh yang mungkin daripada bonet kereta yang diperbuat daripada besi. Cuci dulu cermin sebelum melekatkannya.

4. Lepas pasang jangan buang bubble. Biarkan saja

Ini kerana jika kita terus megikis untuk membuang bubble sehingga hilang, takut kemungkinan RFID Tag itu tidak berjaya untuk dikesan.

5. Siap dan sedia untuk digunakan!

Anda kini sudah siap memasangnya dan sudah boleh digunakan. Namun, pastikan status anda berada dalam keadaan aktif dan duit dalam TnG e-wallet anda mencukupi sebelum melalui tol.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan berguna untuk korang semua ;)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

More stories to read: