seismik

Patutlah Berbeza, Rupanya Ini Maksud Warna, Huruf & Nombor ‘Signboard’ Jalan Di Malaysia

Baru tahu!

Cover image via Green Leaf Taman Negara & Flickr

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jika anda adalah pengguna jalan raya, pasti anda akan perasan perbezaan antara papan-papan tanda jalan raya betul tak?

Ia membuat kita tertanya-tanya apakah maksud disebalik warna, huruf dan nombor tersebut. Sebenarnya banyak benda yang anda perlu tahu dan fahami maksud-maksud ini.

Jom kami kongsikan kepada anda maksud-maksudnya di bawah:

1. Papan tanda biru dan hijau menunjukkan jenis jalan yang berbeza

  • Papan tanda biru: Biasa digunakan pada jalan tanpa tol di jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan perbandaran. Nama-nama tersebut biasanya terdapat dalam huruf berwarna putih.
  • Papan tanda hijau: Adalah simbol kepada lebuh raya yang mempunyai tol dan jalan persekutuan sahaja.
Image via Property Guru

2. Maksud huruf dan nombor papan tanda pada simbol berbentuk segi enam hitam dan kuning

  • Huruf 'E': Huruf 'E' bermaksud Expressway. Selalunya digunakana jika melalui highway saja.
  • Nombor sahaja: Ia bermaksud diwakili oleh jalan persekutuan sahaja.
  • Nombor dan huruf: Ia diwakili oleh jalan negeri yang menggunakan abjad dan nombor, kecuali abjad 'E'.
Image via Ching Neng Bing

3. Warna huruf pada papan tanda biru menunjukkan sama ada jalan atau kawasan

Huruf berwarna kuning menunjukkan jalan dan huruf berwarna putih mewakili bandar atau kawasan.

Image via Borneo Post

4. Warna papan tanda yang berbeza mewakili pelbagai jenis destinasi

Warna huruf mempunyai makna yang berbeza terhadap warna latar belakang yang berbeza:

  • Huruf hijau dengan latar belakang putih: Bermaksud papan tanda premis berkaitan kerajaan. Contohnya seperti KLIA.

  • Huruf kuning pada latar belakang hijau: Bangunan kerajaan.
Image via RR Road Safety
  • Huruf putih pada latar belakang coklat: Kawasan rekreasi yang mempunyai kepentingan sejarah dan budaya.
Image via Mau Kerja
  • Huruf hitam pada latar belakang putih: Nama bandar atau kampung.

5. Destinasi disusun dari atas ke bawah mengikut jarak

Nama tujuan di bahagian atas adalah yang paling jauh dan di bahagian bawah adalah yang terdekat.

Okay sekarang baru faham maksud-maksud di sebalik papan tanda ni! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: