Boleh Beli Secara Online, Ini Antara Majalah & Komik Legend Popular Zaman Kanak-Kanak Dulu
Karya kartunis legend semua!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Zaman kanak-kanak merupakan zaman paling banyak kenangan manis yang mengajar kita pelbagai perkara sehingga hari ini
Pasti ada di antara anda yang masih tidak dapat lupakan zaman kanak-kanak anda betul tak? Tidak kiralah pahit ataupun manis. Itu semua adalah kenangan.
Jika pada masa itu kita menginginkan sesuatu, pasti kita sanggup melakukan pelbagai cara untuk mendapatkannya. Contohnya seperti menabung dan sebagainya untuk membeli permainan atau barangan yang diidamkan.
Namun, jika anda adalah penggemar komik dan majalah, masihkan anda ingat karya-karya yang pernah popular dulu? Pasti rasa rindu kan mahu membacanya. Apa yang lebih menarik anda juga boleh dapatkan secara online saja!
1. Lawak kampus karya Keith
Lawak Kampus merupakan karya daripada Keith dan Zelo yang memaparkan kehidupan remaja sekolah dalam menjalani kehidupan. Selepas Zelo meninggalkan Kumpulan Art Square pada Disember 2003, Keith meneruskan karya Lawak Kampus secara berseorangan.
Sehingga Mac 2016, Lawak Kampus mempunyai 37 jilid komik grafik dalam bahasa Melayu dan kini banyak diolah dalam pelbagai bahasa, iaitu Cina, Inggeris dan yang terbaru bahasa Thailand.
Klik di sini untuk beli di Shopee.
2. Karya Lengkuas
Zainuddin bin Saleh atau lebih dikenali dengan nama Lengkuas ialah seorang pelukis komik Malaysia. Beliau terkenal menerusi karya yang bertajuk Mat Despatch di majalah Ujang dan Yob Peon di majalah Lanun.
Pada sekitar tahun 2014, beliau mula menghadapi masalah buah pinggang dan dimasukkan ke dalam hospital. Beliau disahkan meninggal dunia dua hari kemudian akibat komplikasi darah tinggi dan buah pinggang.
Klik di sini untuk beli di Shopee.
3. Karya Lambok
Karya kartunis Lambok memang terkenal dengan koleksi himpunan lawak-lawak popular, antaranya ialah benua dan family matters yang menceritakan sketsa lawak keluarga yang tidak dijangka. Komik ini pasti membuatkan pembaca tidak kering gusi.
Klik di sini untuk beli di Shopee.
4. Karya Gayour
Sebut saja mengenai kartun Slash, cerita Siapa Yang Harus Disalahkan dan Bersama Selamanya, pasti ramai yang tahu itu semua karya Gayour.
Gayour merupakan seorang peminat muzik rock berunsurkan metal. Minat tersebut mempengaruhi karya beliau.
Kil di sini untuk beli di Shopee.
5. Karya Bawang
Antara koleksi popular daripada Bawang adalah Selangkah ke Alam Misteri yang merupakan himpunan cerita mistik dan lawak.
Ia dihasilkan menjadi didalam satu buku yang akan memastikan anda meminati hasil karya Kartunis Bawang ini.
Klik di sini untuk beli di Shopee.
6. Majalah Ujang dan APO
Ujang ialah majalah kartun humor Malaysia. Ia lahir setelah pelukis dan kartunis Ibrahim Anon yang lebih dikenali dengan nama penanya Ujang.
Dengan moto ‘Majalah Lawak Antarabangsa’, majalah Ujangberjaya menjadi sebuah majalah humor yang diminati ramai. Watak-watak seperti Mat Despatch, Tok Moh, Pakcik Kordi Dan Lembu Beliau, Katok O katok dan lain-lain lagi turut dijadikan idaman peminat. Kartunis Ujang telah menggunakan nama pena itu sejak 20 tahun lalu.
Klik di sini untuk beli di Shopee.
7. Majalah Gila-Gila
Kartun-kartun yang disiarkan Gila-Gila berlatar belakang cerita rakyat Malaysia secara humor dan simbolik. Gila-Gila bukan hanya memaparkan karya-karya kartun semata-mata, malah sering disusuli dengan pelbagai ruangan penulisan fiksyen mahupun pendapat.
Antara salah satu ruangan cetusan pendapat yang amat popular seketika dahulu adalah ruangan 'Ehem...Alahai'.
Klik di sini untuk beli di Shopee.