PM Lancar Buku Panduan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Ini Yang Anda Perlu Tahu
Vaksin Pfizer dijangka sampai di Malaysia pada 21 Februari 2021.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru saja melancarkan Buku Panduan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan hari ini
Menurut sumber, buku tersebut mengandungi pelbagai maklumat berkaitan program vaksinasi terbesar yang pernah dilaksanakan negara berikutan pandemik Covid-19.
Selain itu, antara kandungan utama dalam buku berkenaan adalah jenis-jenis vaksin yang digunakan kerajaan, fasiliti disediakan untuk menyimpan vaksin di seluruh negara, pengambilan vaksin dari sudut pandangan agama serta panduan imunisasi.
Image via @BernamaTV (Twitter)
Vaksin Pfizer dijangka sampai di Malaysia pada 21 Februari 2021
Image via @BernamaTV (Twitter)
Menurut Perdana Menteri, Pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan bakal bermula pada 26 Februari 2021 di mana beliau sendiri akan menerima suntikan vaksin pada fasa pertama bersama-sama petugas barisan hadapan.
Manakala fasa kedua akan bermula pada bulan April sehingga Ogos 2021 melibatkan kumpulan yang berisiko tinggi.
Fasa ketiga pula melibatkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas bermula dari bulan Mei 2021 sehingga Februari 2022.
Berikut di bawah merupakan empat komponen utama Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan:
Image via @BernamaTV (Twitter)
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel berkaitan hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment