Pokok Tumbang & Rosakkan Kereta Anda? Ini Cara Tuntut Insurans & Bukti Yang Perlu Ada
Ia bergantung kepada situasi juga.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Cuaca kebelakangan ini dilihat tidak menentu, kadangkala ribut petir dan hujan lebat melanda di beberapa kawasan
Berikutan itu, ada juga menyebabkan kejadian pokok tumbang sehingga merosakkan kenderaan yang ada.
Pada awal bulan ini, seorang lelaki berumur 47 tahun maut kerana pokok besar tumbang atas keretanya di Kuala Lumpur.
Banyak lagi yang terkesan terutamanya di Universiti Malaya dan di kawasan Pulau Pinang akibat cuaca buruk itu.
Image via @bernamadotcom (X)
Perkara ini membuatkan pemilik kereta di luar sana menyemak semula polisi insurans mereka
Ada sesetengah polisi insurans yang boleh memberikan perlindungan terhadap kenderaan yang rosak akibat bencana alam.
Namun, polisi insurans kereta standard biasanya tidak memberikan perlindungan yang disebabkan oleh bencana alam seperti banjir, ribut angin, tanah runtuh dan lain-lain.
Walaupun insurans polisi insurans menawarkan perlindungan yang luas, namun sayangnya ia tidak dapat melindungi kerosakan seperti itu kecuali anda membayar pakej tambahan.
Image via Vocket
Insurans jenis apa yang memberi perlindungan jika kenderaan rosak akibat benca alam?
Di bawah polisi insurans komprehensif, ia menawarkan perlindungan terhadap kerosakan akibat daripada bencana alam seperti pokok yang tumbang dan banjir.
Perlindungan tambahan seperti special perils merupakan ciri tambahan untuk menyediakan perlindungan tambahan.
Kos perlindungan ini berbeza bergantung pada pembekal insurans, biasanya berharga 0.2% hingga 0.5% daripada nilai insurans kereta anda.
Jika anda mempunyai perlindungan tambahan itu, anda boleh membuat tuntutan insurans untuk pembaikan kerosakan akibat pokok.
Bagaimana untuk membuat tuntutan insurans?
- Ambil gambar dan video luar dan dalam kereta sebanyak mungkin untuk proses dokumentasi.
- Hubungi syarikat insurans anda.
Image via Berita Harian
Tunggu apa lagi, sila semak semula pakej langganan insurans anda dan buat perlindungan tambahan special perils jika perlu!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment