Polis Bantuan Sahkan Tiada Kelibat Geng Jubah Hitam Yang Didakwa Tular Ceroboh Kolej UiTM
Hasil semakan CCTV, tiada 'kelibat' geng jubah hitam sepertimana yang didakwa tular di media sosial.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Beberapa hari lepas, kecoh di laman X mengenai sebuah kolej di UiTM Puncak Alam yang penghuninya pelajar wanita didakwa diceroboh oleh sekumpulan lelaki berjubah hitam
Seorang individu dikatakan telah memuat naik ciapan yang menunjukkan tangkap layar mesej di Telegram Kolej Dahlia.
Difahamkan, semua pelajar di blok tersebut diminta untuk mengunci pintu utama rumah dan pintu luar tandas dengan segera selepas mereka dikejutkan dengan kedatangan geng lelaki berjubah hitam serta berpurdah di situ.
Menerusi tangkap layar itu juga, difahamkan kes tersebut pernah berlaku di semester lepas. Tetapi, individu berkenaan merupakan seorang lelaki dan seorang perempuan.
Image via @markisah_pico (X)
Image via @markisah_pico (X)
Terbaharu, difahamkan pihak residen kolej, polis bantuan dan polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) telah ke lokasi dan hasil siasatan menerusi CCTV mendapati tiada kelibat lelaki berjubah seperti yang tular sebelum ini
Susulan itu, pelajar yang menularkan kes terbabit telah diberi nasihat oleh pihak atasan dan ciapan tersebut telah pun dipadamkan.
Dalam pada itu, pihak UiTM juga mengingatkan orang ramai terutamanya para pelajarnya agar tidak menularkan sesuatu berita palsu atau tidak sahih.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment