Polis Berhak Tahan Individu Yang Tidak Bawa 'Kad Pengenalan' Diri Semasa Keluar
Ingat guys, jangan lupa bawa kad pengenalan diri.
Polis berhak menangkap individu yang gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri semasa pemeriksaan di roadblock
Menerusi laporan, ia sekali gus menyangkal dakwaan laporan berita di mana Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak berhak untuk menahan mana-mana individu yang gagal membawa kad pengenalan diri mereka semasa diperiksa.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kenyataan itu dilihat bercanggah dengan peruntukan mengikut Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) dan Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara (PPPN) 1990.
Image via Berita Harian
Individu boleh ditangkap tanpa waran jika gagal kemukakan kad pengenalan diri
Tambah beliau, pihak polis boleh menahan individu yang gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri ini tanpa waran tangkap mengikut peraturan yang sama.
Malah, hukuman yang boleh dikenakan kepada individu tersebut adalah penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.
"Orang ramai diingatkan sentiasa membawa dokumen pengenalan diri sebagaimana peruntukan yang ditetapkan mengikut Peraturan 6 PPPN 1990"
"PDRM juga menasihatkan orang ramai supaya memberi kerjasama kepada pihak polis semasa pemeriksaan dijalankan," katanya.
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment