Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Polis Giat Buru Individu Sebar 'Bahan Bukti' CCTV Faisal Halim Kena Simbah Asid

Klip berdurasi 56 saat itu tersebar di laman aplikasi X baru-baru ini.

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular sebuah klip rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tersebar memaparkan kejadian ketika pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim diserang dan disimbah asid oleh suspek

Menurut laporan Berita Harian, pihak polis mengesahkan CCTV yang menunjukkan insiden tersebut pada 5 Mei lalu adalah video sebenar kejadian.

Walau bagaimanapun, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan bagaimana video berkenaan boleh tersebar kerana ia adalah bahan bukti untuk siasatan polis.

Image via @OnefootballM (X)

Image via @OnefootballM (X)

PDRM akan ambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang sengaja menyebarkan video, sekali gus mengganggu siasatan

"Video ini adalah bahan bukti yang masih dalam siasatan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT Bukit Aman.

"Siasatan telah dimulakan bagi mengesan pihak yang menyebarkan video rakaman CCTV tersebut mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.

"Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998," katanya.

Hussein berkata, mengikut subseksyen (1) Seksyen 203A Kanun Keseksaan, mereka yang didapati bersalah boleh dihukum dengan denda yang tidak melebihi RM1 juta atau boleh dipenjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya.

Mengikut subseksyen (2) pula katanya, mereka yang mengetahui bahan yang didedahkan itu melanggar subseksyen (1) dan mendedahkan maklumat kepada orang lain, boleh dihukum dengan denda tidak melebihi RM1 juta atau boleh dipenjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment