seismik

Mengadu Jam Rosak Dekat Foto Arwah Ibu & Ayah, Lelaki Istimewa Buat Ramai Netizen Sebak

Mengalir air mata.

Cover image via @ijanbr (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap orang pasti akan kesunyian jika kehilangan insan tersayang terutamanya ibu dan ayah

Apalah erti hidup ini jika tiada mereka di samping kita. Walaupun ajal di tangan Tuhan, sudah tentu sukar untuk kita meneruskan kehidupan seperti biasa pada awalnya.

Baru-baru ini, tular sebuah rakaman seorang lelaki istimewa di laman aplikasi X telah membuatkan ramai mengalirkan air mata.

Menerusi video berdurasi 1 minit 28 saat itu, kelihatan lelaki istimewa tersebut sedang memegang gambar seseorang sambil mengadu jamnya rosak.

Apa yang membuatkan ramai sebak adalah, rupa-rupanya gambar yang dipegang itu adalah wajah arwah ibu dan ayahnya.

Dia dilihat masih merindukan kedua orang tuanya itu dan menganggap seolah-olah mereka masih ada. 

Netizen sebak melihat caranya mengadu kepada arwah ibu dan ayahnya dan tidak dapat bayangkan perasaan lelaki berkenaan sekiranya gambar itu hilang.

Dapat hadiah jam tangan baharu selepas videonya tular baru-baru ini

Menerusi sebuah posting yang terbaru, difahamkan lelaki istimewa itu menerima jam tangan baharu daripada si perakam.

"Ramai gila yang berhati mulia DM saya nak hulurkan bantuan dan kongsi rezeki dengan sahabat kita ni. Tapi saya tak tau macam mana carinya. Alhamdulillah, selesai tanggungjawab saya,"
 tulisnya.

Lihat video penuh di bawah:

@ijanbr

Sayangi kedua ibu bapamu dan jgn sakiti hatinya, kerana dia tidak di ciptakan kedua kalinya.. #ibu #ayah #fyp #foryou #foryoupage

bunyi asal - M.Riduan_Oficial92 - M.Riduan_Oficial92
@ijanbr

Ramai giler yg berhati mulia dm sy nak hulurkan bantuan dan kongsi rezeki dgn sahabat kita ni.. tapi sy xtau mcm mana carinya #ibu #ayah #rakyatmalaysia #memangterbaik #fyp #foryou #foryoupage

bunyi asal - M.Riduan_Oficial92 - M.Riduan_Oficial92

"Part dia cium gambar tu, aku tak boleh la. Senang-senang nanti dia tarik mak ayah dia masuk syurga" - Netizen.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: