Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Rahsia Di Sebalik Maahad Tahfiz Negeri Pahang Jadi Sekolah Nombor Satu Terbaik SPM 2023

Tak sangka ini sebab-sebabnya.

Cover image via @WhyBeLiberal (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti umum ketahui, keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru saja diumumkan semalam

Keputusan semalam menggemparkan seluruh Malaysia apabila Maahad Tahfiz Negeri Pahang mendapat tempat pertama daripada segi keputusan SPM paling cemerlang. 

Image via @WhyBeLiberal (X)

Sedikit sebanyak tentang pendidikan tahfiz, Maahad Tahfiz ini merupakan institusi pendidikan kerajaan negeri yang disediakan untuk anak-anak Pahang yang berumur 4 tahun dan ke atas.

Image via @WhyBeLiberal (X)

Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) ditubuhkan setelah mendapat titah Diraja Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang

Image via @WhyBeLiberal (X)

Menurut bebenang yang dikongsikan oleh 

@WhyBeLiberal

 di laman X, pengguna itu menceritakan sejarah penubuhan Maahad Tahfiz. 

"Sebuah akademi Al-Quran bertujuan untuk melahirkan para hafiz dan juga qari, qariah yang berwibawa memandangkan Pahang tidak mendapat tempat yang baik di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa dalam Majlis Tilawah Al-Quran.

"Sesi pembelajaran Diploma Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat (MTQP) telah dimulakan pada tahun 1996 di Masjid Sultan Ahmad 1, Kuantan. Semua pelajar batch pertama dapat biasiswa dari Yayasan Pahang." tulisnya. 

Image via @WhyBeLiberal (X)

YAB MB Pahang ketika itu, Tan Sri Adnan Yaakob telah bersetuju agar Yayasan Pahang membina dan menubuhkan Maahad Tahfiz Negeri Pahang dengan kampus yang lengkap di atas tanah Yayasan Pahang seluas 8.7 ekar di Tanjung Lumpur, Kuantan dengan peruntukan sebanyak RM10.73 juta.


Kerja-kerja pembinaan kampus telah bermula pada 6 September 2004 dan telah siap pembinaannya pada 13 November 2005. Pelajar mula pindah masuk pada 1 Julai 2007.

Rahsia di sebalik kecemerlangan pelajar Maahad Tahfiz Pahang

Anak-anak akan mula menghafal surah pilihan sejak dari kecil. Kebiasaannya, ibu bapa akan menghantar anak mereka sejak berumur 4 tahun. 

Selepas tamat, anak-anak boleh terus memohon untuk memasuki Sekolah Rendah Tahfiz Negeri Pahang.

Pendekatan yang diberikan termasuk Hafazan 30 Juzu' Al Quran dalam tempoh 6 tahun, KSSR, KAFA, persekitaran mesra Bahasa Arab & Inggeris, kemahiran bahasa & berkomunikasi, dan aktiviti kokurikulum yang eksklusif.

Perjalanan ke MTNP dan seterusnya menjadi mudah jika anak-anak dah didedahkan dengan Al Quran sejak dari kecil. Modul ini sepatutnya diguna pakai di seluruh negeri di Malaysia.

Image via @WhyBeLiberal (X)

Dalam satu ciapan lain, seorang lagi pengguna X mendedahkan terdapat tiga tahap untuk masuk ke Maahad Tahfiz. 

Tahniah Kerajaan Negeri Pahang kerana berjaya mewujudkan satu pathway menuju Tahfiz Profesional!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment