Rakyat Malaysia Makan Mikroplastik Paling Banyak Di Dunia - "Anggaran 15 Gram Sebulan"
Difahamkan, hasil dapatan kajian diperolehi dari Amerika Syarikat.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebuah kajian baharu disiarkan dalam penerbitan Environmental Science & Technology di Amerika Syarikat mendapati rakyat Malaysia makan paling banyak mikroplastik di dunia
Menurut laporan Kosmo!, rakyat Malaysia makan kira-kira 15 gram mikroplastik sebulan dan jumlah tersebut adalah yang tertinggi di dunia.
Kebanyakan sumber partikel plastik yang masuk ke dalam sistem pencernaan manusia adalah berpunca daripada sumber akuatik, contohnya makanan laut.
Image via Dewan Kosmik
Indonesia pula menduduki tempat kedua selepas Malaysia. Kajian yang sama mendapati penduduk Indonesia makan lebih kurang 13 gram mikroplastik sebulan.
Manakala, Mesir menduduki tempat ketiga diikuti oleh Filipina, Vietnam dan Laos secara turutan bagi melengkapkan lima kedudukan teratas.
Negara yang paling banyak menyedut mikroplastik semasa bernafas pula adalah China, Mongolia dan Britain
Kajian oleh kumpulan penyelidik daripada Universiti Cornell menyatakan Malaysia berada di tempat ke sembilan.
Image via Berita Harian
Untuk pengetahuan anda, mikroplastik di dalam artikel ini adalah merujuk kepada partikel halus plastik yang berada di ruang udara.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment