Pasangan Tular Bawa Bayi Sakit Kronik Nafi Larikan Diri, Kini Sedang Urus Hal Kahwin
Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik untuk mereka sekeluarga.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Beberapa hari lalu, kecoh di media sosial tentang pendedahan bahawa pasangan tular membawa bayi lelaki yang memakai alat pernafasan menaiki motosikal sebenarnya belum berkahwin dan masih bersedudukan
Mereka kemudian diarah untuk berpisah buat sementara waktu, namun dalam masa yang sama pihak masjid Al Maarufi berkata akan membantu pasangan berkenaan untuk bernikah dalam masa terdekat.
Walau bagaimanapun, media melaporkan mereka telah melarikan diri dan tidak menjawab panggilan telefon apabila dihubungi.
Pengerusi Kariah Masjid Al Maarufi, Seberang Kota Kuala Kedah, Muhammad Hazamer Mualim berkata, pihaknya turut memantau kawasan rumah lelaki berusia 35 tahun itu, namun didapati dia gagal dikesan.
Sebelum ini, tular juga dakwaan ibu bayi berusia 11 bulan itu membeli gelang emas menggunakan duit bantuan orang ramai.
"Pejabat Agama Daerah sudah memberi kebenaran supaya saya memaklumkan kepada pasangan itu untuk menyerahkan dokumen bagi memudahkan proses pernikahan dijalankan.
"Namun sehingga ini, saya tidak menerima apa-apa dokumen daripada mereka dan mereka dipercayai sudah menghilangkan diri," katanya.
Nafi dakwaan larikan diri, tetapi sedang sibuk uruskan hal nikah
Walau bagaimanapun, menurut laporan terkini daripada Kosmo!, mereka tidak melarikan seperti yang dihebohkan. Sebaliknya, pasangan tersebut sedang menguruskan proses pernikahan.
Pasangan itu juga tidak dapat menjawab panggilan telefon kerana mempunyai urusan tertentu.
Pengerusi kariah masjid berkata Mohd. Azlan Ishak, 36, telah hadir ke pejabat pada pukul 3 petang, 26 Mei 2024 dan akan dinikahkan dalam masa terdekat.
Dia juga membawa dokumen lengkap untuk mengisi borang pernikahan bersama pasangannya, Norhidayu Halim, 35.
"Dia akan segera menghantar borang pernikahan di Pejabat Agama Daerah Kota Setar. Apabila selesai semua urusan, urusan pernikahan akan dilakukan segera," katanya.
Pihak masjid turut membantu lelaki tersebut mengisi borang nikah dan menasihatkannya supaya mengikut tatacara perkahwinan termasuk pemeriksaan HIV dan lain-lain.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!