Ayah Bayi Sakit Kronik Ucap Terima Kasih Pada Orang Ramai - "Sumbangan Kini Lebih RM100K"
Ayah bayi itu menerima sebuah Proton Persona daripada tauke kereta terpakai.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Beberapa hari lalu, tular sebuah gambar keluarga menaiki motosikal sambil membawa anak mereka yang memakai alat pernafasan akibat menghidap sakit kronik
Ekoran tularnya gambar itu di pelbagai media sosial, orang ramai memberikan sumbangan dan bantuan buat keluarga berkenaan.
Apa yang membuatkan ayah kepada bayi 11 bulan itu sebak adalah apabila dia menerima sebuah kereta untuk kegunaan mereka sekeluarga.
Dia mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang prihatin membantu dia dan keluarganya.
Terima Proton Persona hadiah daripada tauke kereta terpakai
"Alhamdulillah selesai proses penyerahan kereta Persona kepada Lan serta isteri. Harap sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban yang dihadapi. Allahu, besar ujian Encik Lan tapi tetap kuat.
"Teringat kali pertama Lan datang kedai abang aji nak cari kereta bernilai RM1,000 untuk ulang-alik Hospital Bahiyah. Walaupun abang aji bagi pilihan kereta, Lan tak kisah dan tidak meminta.
"Harap sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban yang dihidapi anaknya paru-paru kronik," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!