"Ramai Dah Jadi Mangsa" - Netizen Dedah Taktik Pasangan Warga Asing Scam Orang Di Mall
Jangan terpedaya!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tidak dinafikan, kes jenayah atau penipuan semakin meningkat
Perkara ini sangat membimbangkan seluruh rakyat. Tambahan lagi, rakyat Malaysia yang penuh dengan sifat prihatin ini memang mudah terlibat dalam penipuan.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan pasangan warga asing dilihat menipu orang di mall telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Guna taktik 'beg hilang' supaya orang terpedaya dan bersimpati kepada mereka
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang netizen sedang merakam kejadian penipuan itu di pusat beli-belah di Genting Highland.
Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila pasangan warga asing itu memakai baju yang sama ke mana-mana pusat beli-belah untuk melakukan penipuan kepada mangsa. Tipu helah mereka adalah pasangan itu akan meraih simpati daripada orang luar dengan penipuan beg hilang.
Ramai netizen pernah terkena dan terpedaya dengan penipuan mereka lalu menghulurkan duit. Pada akhir video itu, pasangan itu dilihat melarikan diri setelah kantoi diri mereka dirakam.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Sumpah minggu lepas dia ada kat ICT shah alam. dia cakap dari Afganistan dekat pakwe aku, lepas tu cakap beg duit hilang" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.2M tontonan, 61K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @lalalanemo (TikTok)
Image via @lalalanemo (TikTok)
Image via @lalalanemo (TikTok)
Image via @lalalanemo (TikTok)
Ramai rupanya dah kena scam ni. Hati-hati semua!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment