Ramai Tak Sangka Wanita Bertudung Ini Rupa-Rupanya Salah Seorang Stylist Kumpulan NewJeans
Hebat!
Pasti ramai yang pernah dengar atau tahu dengan kumpulan K-pop terkenal iaitu NewJeans kan?
Walaupun masih baru dalam industri, tetapi mereka telah mempunyai ramai peminat bukan saja di Korea, malah di serata dunia.
Muzik mereka ternyata telah menarik perhatian ramai sehingga menjadi viral di media-media sosial. Termasuk juga tarian mereka yang menjadi ikutan.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang wanita bertudung menjadi stylist bagi kumpulan berkenaan telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Ramai terkejut wanita bertudung boleh jadi stylist NewJeans
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pengguna di Twitter berkongsi apabila seorang wanita bertudung sedang menata gaya kumpulan berkenaan.
Apa yang lebih mengejutkan adalah ramai tidak menyangka bahawa stylist kumpulan tersebut salah seorangnya terdiri daripada wanita bertudung.
"Penggaya rambut hijabi NewJeans. Kami suka kepelbagaian dan saya tidak pernah melihat mana-mana hijabi bekerja dalam industri idola (idol) sebagai kakitangan," tulisnya.
Image via @newtannies (Twitter)
"One of reason I support NewJeans. Their hair style also beautiful" - Warganet
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut memberikan pelbagai reaksi positif mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 281K views, 2,106 reposts dan 12.7K likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada warganet di Twitter:
Image via @newtannies (Twitter)
Image via @newtannies (Twitter)
Image via @newtannies (Twitter)
Wanita berhijab juga mampu jadi stylist okay! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment