Ramai Wanita Kelantan Jadi Pilihan Jejaka Pakistan, Lelaki Pula Mahu Wanita Thailand
Difahamkan, peningkatan tersebut berlaku setiap tahun.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan mendedahkan wanita di negeri itu menjadi antara rebutan jejaka dari Pakistan
Malah, bagi kaum lelaki Kelantan pula, mereka lebih gemar memilih wanita dari Thailand untuk dijadikan sebagai pasangan hidup.
Menerusi laporan Sinar Harian, ia adalah berdasarkan Permohonan Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang Pasangan Bukan Warganegara yang sentiasa meningkat setiap tahun melibatkan dua negara terbabit.
Peningkatan setiap tahun, dipercayai mula 'jatuh cinta' dari tempat kerja, kenalan dan sebagainya
Pengarah JIM Kelantan, Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan memberitahu, peningkatan tersebut berlaku setiap tahun, terutamanya perkahwinan melibatkan pasangan Malaysia-Thailand di antara lelaki tempatan dan wanita di negara jiran.
"Ia (permohonan) berlaku setiap hari dan meningkat setiap tahun. Tahun 2022 seramai 175 lelaki tempatan menikahi wanita Thailand, 2023 (341) dan tahun lepas 308 orang.
"Ada juga wanita dari negara ini mengahwini lelaki dari Thailand namun angkanya tidak tinggi hanya sekitar 31 orang pada tahun 2022, 2023 (57) dan 2024 (78)," katanya.
Tambah beliau, perkenalan itu dipercayai bermula di tempat kerja, kenalan, saudara mara dan sebagainya.
Dalam pada itu, beliau berkata, perkahwinan melibatkan wanita Malaysia dan lelaki Pakistan pula merekodkan seramai 31 orang tahun 2022, 2023 (27) dan 2024 (34).
Menurutnya ada juga lelaki tempatan menikahi wanita Pakistan namun angkanya tidak ramai hanya sekitar 10 orang pada 2022, 2023 (5) dan 2024 (9).
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment