"Raya Is Coming!" - Ini 6 Tutorial Cara Nak Pakai Tudung Yang Style Korang Wajib Tengok
Hopefully membantu!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bulan Syawal hampir tiba, mesti semua dah mula rasa excited nak raya kan?
Tiba-tiba dah terbayang lemang, rendang, ketupat palas dan kuih raya. Sedapnya! Tak sabar nak raya. By the way, korang dah buat persiapan ke belum? Baju, kasut, tudung dengan samping raya dah beli?
Walaupun kita mungkin tak dapat rentas negeri dan balik kampung tahun ini, harap semua masih boleh beraya dengan gembira dengan keluarga dan kawan-kawan terdekat. Yang penting, SOP tetap kena jaga tau.
Bagi perempuan, korang mesti masih belum ada idea nak pakai tudung apa dan style macam mana raya pertama nanti kan? Jangan risau, kami akan kongsikan beberapa tutorial yang korang boleh cuba pakai nanti.
Jom tengok 6 tutorial di bawah:
1. Tutorial simple bawal square
Image via @swanheritagehq (TikTok)
Bagi peminat bawal, korang boleh cuba style ini. Nampak simple dan kemas je bila pakai. Caranya pun mudah, tak sampai seminit dah siap.
Lihat tutorial penuh di bawah:
2. Tutorial simple bawal square
Image via @swanheritagehq (TikTok)
Tak nak terlalu simple? Nak cuba style lain tapi guna tudung bawal yang sama? Tak ada masalah, korang boleh juga ikut tutorial kedua ini. Nampak lebih ayu dan menutup dada. Cantik mata memandang.
Lihat tutorial penuh di bawah:
3. Tutorial simple bawal square
Image via @swanheritagehq (TikTok)
Kalau nak nampak lebih ekstra dan lain daripada yang lain, korang boleh cuba cara ketiga untuk menggayakan tudung bawal ini. Tidak terlalu over dan masih boleh menutup dada.
Lihat tutorial penuh di bawah:
4. Tutorial simple shawl satin
Image via @swanheritagehq (TikTok)
Haa, bagi penggemar shawl satin, korang mesti ada masalah tak tahu macam mana nak pakai dengan kemas sebab materialnya yang licin bukan? Harap tutorial ini dapat membantu, sebab cara pakainya sangat senang dan terletak elok di muka. Confirm bakal mak mentua approve bila datang beraya nanti!
Lihat tutorial penuh di bawah:
5. Tutorial simple shawl satin
Image via @swanheritagehq (TikTok)
Siapa dekat sini ada masalah pipi tembam dan tak tahu cara macam mana yang sesuai untuk nampak muka kurus? Korang wajib cuba style ini dengan menggayakan shawl satin juga. Terus nampak pipi kecil, wow!
Lihat tutorial penuh di bawah:
6. Tutorial shawl selit tepi
Image via @swanheritagehq (TikTok)
Last but not least, ini gaya yang paling mudah dan cepat. Selit-selit je dah siap! Hanya memerlukan dua step, korang dah boleh keluar berjalan dengan yakin sebab nampak cantik sangat walaupun simple.
Lihat tutorial penuh di bawah:
Tak sabar nak beli tudung raya, boleh tukar-tukar style 6 hari berturut-turut yay! <3
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment