Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Reka 'Speaker' Untuk Kereta McLaren, Jurutera Malaysia Ini Terima Anugerah Paten. Wow!

Good job anak Malaysia!

Cover image via Ruslin Tamsir (Facebook)

Untuk penggemar kereta sport anda pasti mengenali dan pernah mendengar model kereta jenama terkemuka McLaren bukan?

Difahamkan unit untuk sebuah model McLaren dikeluarkan tidaklah begitu banyak dan ianya sangat terhad.

Pada tahun 2018 yang lalu, McLaren telah mengeluarkan sebuah model kereta sport yang dikenali sebagai McLaren Senna dan hanya dijual sebanyak 500 unit saja.

Namun apa yang lebih menarik lagi, speaker yang digunakan dalam kereta tersebut adalah hasil daripada rekaan anak Malaysia dan paten rekaan tersebut telah diterbitkan sendiri oleh European Patent Office pada 21 Oktober 2020 lalu.

Image via Ruslin Tamsir (Facebook)

Sudah lama menceburi bidang automotif sejak tahun 2007

Menerusi perkongsiannya di laman Facebook, lelaki yang dikenali sebagai Rusli Tamsir itu telah menceburkan diri dalam industri automotif sejak tahun 2007 lagi kerana minatnya terhadap kereta sangat tinggi.

Dia juga sebelum ini mengambil pengajian selama lima tahun di University of Applied Science Ravensburg-Weingarten sebelum dia mula berkhidmat di syarikat automotif antaranya Harman International dan Daimler AG.

Kongsi pengalaman dalam penghasilan projek McLaren Senna, bukan perkara yang mudah

Bukan itu saja, dia juga pernah bertugas sebagai Ketua Jurutera untuk kumpulan Eropah di Harman dan pihak McLaren hanya memberikan tempoh 3 bulan saja untuk dia mencipta sebuah speaker yang boleh diikat pada model kereta McLaren Senna dengan pengancing iaitu tanpa menggunakan sebarang skru.

Image via Ruslin Tamsir (Facebook)

Dikatakan mengapa McLaren membuat permintaan seperti itu adalah kerana speaker yang terletak pada kiri dan kanan pintu tersebut diperbuat daripada komposit carbon fiber.

Ianya adalah 'A-Class Surface' yang tidak boleh menujukkan sebarang skru pada permukaan tersebut.

Ikuti perkongsiannya di bawah ini:

Menganggap ianya adalah satu cabaran, dia terus berusaha dan akhirnya dia berjaya membangunkan teknologi itu dalam tempoh yang diberikan.

"Saya gagal berkali-kali dengan prototaip, dan ia membuatkan saya merasa letih. Kadang-kadang saya merasa seperti putus asa dengan idea ini dan memulakannya semula dengan cara konvensional"

"Tapi sekarang ia telah berada dalam setiap pemilik McLaren Senna di luar sana. Buatlah mereka gembira dengan audio kualiti anda," tulisnya.

Image via Ruslin Tamsir (Facebook)

Malah, dia juga memberitahu kepada orang ramai agar tidak mudah untuk berputus asa dan sentiasa yakin dengan diri sendiri. Hal ini kerana tanpa kegagalan, tidak mungkin anda boleh berjaya sehingga ke hari ini.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut memuji dan mengucapkan tahniah atas pencapaian yang dianugerahkan kepadanya

Inspirasi betul kisah dia, jangan pernah berputus asa kalau nak capai sesuatu okay guys? :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment