seismik

[VIDEO] "House Tour Please" - Deco Rumah Pula Jadi Perhatian Berbanding Oyen Ini. Cantik!

Elok je dia dengar cakap tuan dia tu.

Cover image via @amindanish1990 (TikTok)

Kucing Oyen selalunya terkenal dengan telatahnya yang nakal dan menghiburkan sehingga membuatkan ramai yang geram dengannya

Bila sebut saja pasal Oyen, pasti pelbagai ragam yang ditunjukkan oleh si comel ini yang berjaya dirakam oleh pengguna di sosial media.

Sama seperti video perkongsian yang tular di TikTok baru-baru ini apabila kucing Oyen mendengar kata tuannya untuk masuk ke dalam rumah kerana sudah gelap. Tetapi, lain pula yang netizen nampak setelah kucing itu masuk ke dalam rumah tuannya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Merah Putih

Oyen dengar cakap tuan masuk dalam rumah sebab dah gelap

Menerusi video tersebut, kucing Oyen itu dilihat sedang berada di luar rumah semasa tuannya tiba. 

Namun, tidak lama selepas itu tuannya mengajak kucing berkenaan untuk masuk ke dalam rumah kerana hari sudah lewat dan gelap.

Tanpa berlengah, kucing tersebut dilihat terus memasuki rumah setelah disuruh oleh tuannya itu.

Design dalam rumah pula jadi perhatian berbanding kucing

Tetapi, apa yang lebih menarik adalah selepas diarah masuk ke dalam, ternyata rumah tuannya pula lebih menarik perhatian netizen.

Design yang moden dan menarik telah membuatkan ramai yang jatuh cinta melihat keadaan dalam rumahnya itu.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@amindanish1990

Kali ni mudah panggil brown masuk rumah. Kalau tidak satu bangunan dengar suara bapak sebab apa? Brown masuk rumah jiran

original sound - Amin Danish

"Luar biasa dalam dia luar biasa. Cantiknya deco rumah" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen lebih tertarik dengan dekorasi rumah tuannya yang dianggap sangat menarik dan lawa.

Malah, ada yang berkata agar tidak memandang rendah daripada luaran rumah saja kerana di dalamnya ternyata sangat cantik.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 49.9K likes, 1460 comments dan 1016 shares.

Berikut ialah komen-komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nak record Oyen, lain pula yang netizen tengok. Tapi memang lawa habislah dalam rumah dia!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: