"Retak Seribu" - Lelaki Ini Kongsi Situasi Cermin Kereta Pecah Terkena Orang Potong Rumput
Dugaan buat dia.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pasti rata-rata anda di sini yang sudah mempunyai kenderaan sendiri seperti motor dan kereta kan?
Tidak dinafikan, mempunyai kenderaan sendiri perlu mengeluarkan wang yang banyak jika berlaku kerosakan tambahan lagi buat si pemilik kereta.
Barang-barang kereta pula ada sesetengahnya sangat mahal. Kalau perlu tukar dengan kos yang tinggi memang kadangkala boleh menangis dibuatnya.
Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki berkongsi situasi semasa cermin keretanya pecahnya dek terkena orang potong rumput telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Terkejut tengok cermin kereta pecah, cepat-cepat dapatkan orang yang potong rumput
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi pengalamannya ketika dia menghadapi situasi cermin keretanya pecah.
Difahamkan, pada awalnya dia sedang menunggu di lampu isyarat di sebuah jalan raya. Namun, tidak lama selepas itu anaknya menjerit dan memberitahu cermin di bahagian belakang pecah.
Situasi itu membuatkan dia terkejut dan terus berpatah balik untuk mendapatkan individu yang memotong rumput di kawasan itu.
Individu itu kemudian menelefon supervisornya dan dia perlu melalui beberapa proses untuk mendapatkan ganti rugi.
Image via @thisnieza (TikTok)
Image via @thisnieza (TikTok)
"Yang cermin kecil lagi mahal sebenarnya" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman sama mereka. Ada juga yang memberitahunya apa yang perlu dibuat selepas itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 239.3K views, 9,122 likes dan 638 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik di TikTok:
Image via @thisnieza (TikTok)
Image via @thisnieza (TikTok)
Image via @thisnieza (TikTok)
Image via @thisnieza (TikTok)
Image via @thisnieza (TikTok)
Image via @thisnieza (TikTok)
Image via @thisnieza (TikTok)
Image via @thisnieza (TikTok)
Kalau kereta korang macam ni, cepat-cepat dapatkan orang yang potong rumput tu balik okay!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment