"Rindu, Tapi Ayah Tak Keluar Pun?" - Video Kanak-Kanak Ini Lawat Kubur Ayah Bikin Sebak!
Rindu yang tak berpenghujung.
Impian setiap ibu bapa adalah untuk melihat anak mereka membesar di depan mata
Image via Bidadari
Ketahuilah bahawa anak adalah harta yang paling berharga untuk setiap ibu bapa di dunia ini. Malah, saat mereka dilahirkan sudah memberi kegembiraan dan kebahagiaan buat mereka.
Namun begitu, tidak semua orang mempunyai peluang untuk melihat anak membesar di depan mata, tidak sempat untuk melihat anak berjalan buat kali pertama, bercakap, berlari dan sebagainya.
Bukannya tidak mahu tapi tidak berdaya untuk menolak ketentuan Ilahi. Maka, membesarlah anak tanpa mengenali insan yang bergelar ibu atau bapa di sisi.
Seorang warga Twitter iaitu Anne Mokhtar berkongsi video anak buahnya yang kini berusia 5 tahun melawat kubur bapanya, baru-baru ini.
Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi satu minit 21 saat itu telah mencecah tontonan sehingga 334.9 ribu orang dan mempunyai retweets sebanyak 22.5 ribu serta 28.5 ribu likes.
Lihat video penuh di bawah:
Bahasa:
"Abang saya meninggal dunia tiga tahun lalu semasa Adlina baru berusia dua tahun. Dia adalah anak ayah. Kehilangan abang sangat sukar buat kami sekeluarga. Hari ini Adlina melawat kubur ayahnya kerana dia merinduinya," tulisnya.
Video itu nyata mengundang sebak warganet terutamanya ketika si kecil mengatakan "Ayah tak keluar pun?"
Dalam pada itu, ramai yang mengerti perasaan anak kecil yang merindui ayahnya kerana pernah berada di situasi sama
Allahu, berat mata memandang tapi berat lagi bahu yang memikul. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat insan tersayang yang sudah tiada.
Image via Google
Baca juga artikel ini:
Leave a comment