"Kenapa Ayah Tak Tunggu?"- Bapa Meninggal 4 Hari Sebelum Majlis Pernikahan Anak. Sebaknya
Innalillahiwainnailayhiraji'un.
Hari pernikahan merupakan hari yang sangat membahagiakan dan juga istimewa terutamanya buat setiap orang
Namun, dalam gembira tentunya ada momen yang sedih apabila seorang bapa harus melepaskan tanggungjawab terhadap anak perempuannya setelah sekian lama dijaga kepada pihak lelaki.
Ketika itu, si bapa hanya mampu berharap supaya bakal suami anak perempuan dapat menjaganya dan mencurahkan kasih sayang sepertimana yang dilakukan olehnya.
Bagaimanapun, berbeza dengan wanita ini yang kehilangan bapanya 4 hari sebelum majlis perkahwinannya
Dikenali sebagai Syaa yang berkongsi kisah tersebut di laman Twitter miliknya, dia menjelaskan perasaannya yang sedikit terkilan kerana kehilangan bapa tersayang sebelum hari bahagianya berlangsung.
Setakat artikel ini ditulis, perkongsiannya itu mendapat 4.3 ribu ulang kicau dan 8.8 ribu tanda suka.
Susulan itu, ramai memberikan ucapan takziah kepada wanita tersebut serta ada juga yang mengucapkan selamat pengantin baru kepadanya