Roti Canai Malaysia Jatuh Satu Anak Tangga Makanan Terbaik Dunia Di Belakang Picanha
Siapa je yang tak suka roti canai kan?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Roti canai merupakan antara makanan yang paling digemari ramai ketika sarapan
Di Malaysia, roti canai boleh didapati di mana-mana kedai mamak. Malah, peniaga Melayu juga ramai yang sudah menjual roti canai ini. Bukan itu saja, kalau anda mahukan roti canai segera pun boleh dapatkan di pasar raya.
Jadi, tidak hairanlah mengapa roti canai sekali lagi dinobatkan antara makanan terbaik di dunia oleh TasteAtlas Awards 23/24 baru-baru ini.
Image via The Flavor Bender
Menurut sumber, TasteAtlas meletakkan hidangan sarapan pagi Malaysia yang popular itu di tempat kedua melalui 100 Hidangan Terbaik dalam Anugerah Dunia 23/24 mereka.
Mereka juga menamakan restoran Nasi Kandar Pelita, Tg's Nasi Kandar dan Sri Nirwana Maju bagi tempat yang mempunyai roti canai paling ikonik.
Roti canai berada satu tempat di belakang 'picanha', sejenis potongan daging lembu Brazil yang mendahului carta pada tahun ini.
Pada September lalu, TasteAtlas juga meletakkan roti canai sebagai roti terbaik di dunia
Ia sekali gus telah mengalahkan 49 jenis roti lain untuk dinobatkan sebagai 'Roti Terbaik di Dunia. Apa yang menariknya, roti canai sesuai dimakan bersama pelbagai padanan kuah, termasuk kari, kuah dhal dan sambal, selain chutney atau susu pekat.
Roti canai juga mendahului naan bawang putih mentega yang terkenal di India dan hidangan lain seperti sandwic Vietnam, 'banh mi thit' dan 'tonkotsu ramen' dari Jepun.
Di tempat ketiga pula ialah hidangan tumis yang dipanggil 'phat kaphrao' dari Thailand, diikuti pizza napoletana dari Itali dan ladu 'guotie' dari China, masing-masing di tempat keempat dan kelima.
Sedapnya roti canai! Sekali makan mesti tak cukup satu kan?
Image via GIPHY
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment