Saintis China Temui 8 Virus Baharu Yang Sama Dengan Covid-19
Difahamkan, penyelidikan tersebut dijalankan di Wuhan, wilayah Hubei.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sepasukan saintis di China menemui lapan virus baharu di sebuah pulau wilayahnya yang dibimbangi berisiko menjangkiti manusia
Menurut laporan akhbar Mirror UK, sebanyak 700 sampel tikus di Pulau Hainan dari tahun 2017 hingga 2021 telah diambil untuk menyediakan dunia menghadapi kemungkinan pandemik selepas Covid-19.
Daripada sampel yang dianalisis, lapan virus baharu ditemui, salah satunya adalah dari kumpulan yang sama dengan Covid-19, yang dinamakan CoV-HMU-1.
Image via Berita Harian
Terdapat patogen-patogen lain juga ditemui yang menjadi punca penyakit
Dua patogen lain yang ditemui adalah pestivirus yang menjadi punca demam kuning dan denggi, serta astovirus yang menjadi punca jangkitan gastroenteritis iaitu radang perut dan usus.
Dalam kajian ini juga ditemui sepasang parvovirus yang menjadi punca selesema, dan dua papillomavirus yang berperanan dalam pembentukan ketuat alat kelamin dan kanser.
Patogen-patogen ini mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menjangkiti manusia.
Untuk pengetahuan semua, kajian tersebut telah diterbitkan dalam jurnal Virologica Sinica, dan pengarangnya, Dr. Shi Zhengli, ialah seorang saintis yang bertugas di Institut Virologi Wuhan, tempat di mana Covid-19 dikatakan ditemui.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment