Salon Kecantikan Venusde Tampil Tegaskan Isu Tular Rawatan Pico Laser Adalah Tidak Benar
Difahamkan, tuduhan yang dibuat oleh pengguna Twitter itu adalah tidak benar.
Tular baru-baru ini mengenai seorang gadis yang mendakwa tentang keadaan wajahnya yang teruk berjerawat selepas membuat rawatan Pico laser di sebuah pusat kecantikan
Begitupun, salon kecantikan Venusde tampil memberikan penjelasan mengenai isu yang tular di media sosial dan menegaskan bahawa tuduhan berkenaan adalah tidak benar.
"Kami telah dimaklumkan tentang dakwaan baru-baru ini yang dibuat oleh Thanushah (@teaszn) pada 9 Julai 2023. Dia berkongsi kenyataan mengenai hasil rawatan Laser Pico yang disediakan oleh salon kecantikan kami. Kami ingin menegaskan bahawa dakwaan ini adalah tidak benar"
"Kami ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa siasatan menyeluruh terhadap perkara ini telah dijalankan dan kami akan meneruskan tindakan undang-undang untuk menangani dakwaan palsu yang dibuat terhadap salon kami," kata pihak Venusde.
Lihat kenyataan penuh tersebut di bawah:
Image via Venusde
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment