"Sampai Tak Fikir Kesihatan Sendiri" - Wanita Menangis Sebab Penat Masa Dodoi Anak Tidur
Awak seorang yang kuat!
Menjadi seorang ibu atau bapa bukanlah perkara yang mudah
Hal ini kerana banyak cabaran yang anda perlu lalui dalam membesarkan anak-anak. Malah, ia juga bermain dengan mental dan fizikal kita.
Bukan mudah nak menjaga anak-anak yang masih kecil. Anda akan rasa penat sehingga kadangkala tidak dapat mengawal mental sendiri.
Tular sebuah video di TikTok ini memaparkan seorang wanita menangis memikirkan kepenatan yang dilaluinya telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Tak dapat kawal air mata memikirkan kepenatan yang dilalui
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi di laman TikToknya yang tidak dapat menahan sebak sambil dilihat oleh anak sulungnya.
Difahamkan, dia merasa penat dengan memikirkan perkara yang berlaku pada dirinya.
"Masa ni betul-betul tidak boleh kawal mahu menangis mungkin sebab terlalu penat sampai tidak fikir kesihatan diri sendiri, lebih mengutamakan kesihatan anak-anak saya," tulisnya.
Image via @roseanneelly (TikTok)
"Betul, kadang jaga anak lagi penat dari bekerja di luar" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen berkongsi pendapat mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 343.3K views, 22K likes dan 1,404 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @roseanneelly (TikTok)
Image via @roseanneelly (TikTok)
Image via @roseanneelly (TikTok)
Image via @roseanneelly (TikTok)
Nampak senang tapi sebenarnya bermain dengan mental. Stay strong buat para ibu di luar sana! <3
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment