Suka Mencarut Masa Hidup, Wanita Kongsi Lelaki Ini Susah Untuk Mengucap Sebelum Meninggal
Takutnya.
Perjalanan hidup kita semua sudah ditentukan oleh Allah SWT
Sebagai seorang umat Islam, sudah tentu kita mahukan meninggal dalam keadaan yang husnul khatimah.
Antara perkara yang membolehkan seseorang menerima husnul khatimah adalah dengan mengucapkan dua kalimah syahadah sebelum dia meninggal dunia.
Namun, lain pula dengan kisah yang dikongsikan oleh wanita ini mengenai kisah benar yang berlaku kepada seorang lelaki.
Lihat video itu di bawah:
Susah nak mengucap dua kalimah syahadah buat kali terakhir
Menerusi video tersebut, wanita itu berkongsi cerita mengenai seorang lelaki yang dikatakan tidak boleh mengucap ketika sedang nazak di hospital.
Difahamkan, lelaki tersebut dimasukkan ke hospital akibat kemalangan jalan raya dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU). Keadaannya yang teruk membuatkan dia hanya ‘menunggu masa untuk dijemput ajal.
Isteri lelaki berkenaan telah berjumpa dengan seorang ustaz dan bertanyakan apakah hukum jika dia tidak mahu menjaga suaminya yang sedang sakit. Mendengar persoalan itu, ustaz berkenaan terus menziarahi lelaki itu pada waktu petang.
Alangkah terkejutnya ustaz itu apabila dia mengajar lafaz yang sama buat kali kedua namun respon diterima tetap sama. Lelaki berkenaan mula mencarut dan ulangan kali ketiga oleh ustaz berkenaan juga disusuli dengan carutan sebelum lelaki tersebut menghembuskan nafas terakhir.
Isteri dedah suami suka mencarut semasa rasa sakit
Sebaik saja selesai urusan jenazah, barulah si isteri mendedahkan apakah yang berlaku sepanjang tempoh dia menjaga suaminya di hospital.
Menurutnya, dalam pesakit lain sibuk menyebut "Allah" semasa kesakitan, suaminya pula mengeluarkan perkataan carutan semasa merasa sakit.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!