Sanggup Tolak Gelang Emas Untuk Beli Laptop Anak, Mak Cik Ini Buat Ramai Nak Menangis
Pengorbanan seorang ibu.
Pengorbanan ibu dan bapa sangat besar buat kita sehingga tidak mampu untuk dibalas dengan wang ringgit
Mereka sanggup lakukan apa saja demi melihat anak-anak berjaya. Jadi, kita sebagai anak haruslah membalas jasa dan budi mereka.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang ibu datang ke kedai untuk membeli komputer riba buat anaknya telah mengundang sebak ramai.
Lihat video itu di bawah:
Nak tolak gelang emas yang diberikan suami untuk beli laptop anak
Menerusi video tersebut, kelihatan pekerja kedai berkongsi kisah pelanggan mereka iaitu seorang mak cik yang datang untuk membeli komputer riba.
Namun, mak cik berkenaan tidak membawa wang dan bertanyakan adakah dia boleh menjual gelang emasnya sebagai tanda ganti. Difahamkan, mak cik itu mahu membeli komputer riba buat anaknya untuk belajar.
Situasi tersebut telah mengundang sebak ramai melihat pengorbanan mak cik itu. Difahamkan juga selepas tularnya video itu, dia telah mendapat komputer riba yang telah dihadiahkan oleh seorang individu.
Lihat video sambungan di bawah:
"Ya Allah sebak hati saya tengok mak cik ni. Berkorban demi anak" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut sebak dan memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihat video tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.1M views, 111.2K likes dan 3,005 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!