seismik

Gara-Gara Berdendam Dengan Tuan, Kucing Peliharaan Ini Sampai Jadi Mangsa Kena Sihir

Kesian kucing tu.

Cover image via @meelchaaa (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Amalan ilmu hitam seperti sihir dan santau adalah perbuatan yang diharamkan dalam Islam

Tetapi percaya atau tidak, masih ramai yang menggunakan perkhidmatan ilmu ini demi untuk membalas dendam kepada seseorang. Malah, dalam masyarakat hari ini juga.

Seperti perkongsian video di TikTok ini yang memaparkan seekor kucing terkena sihir yang sepatutnya dihantar kepada tuannya telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

@meelchaaa Replying to @minahkulompo saya post untuk dijadikan iktibar pada semua and org yang bantu saya, mintak saya share kan pada semua orang supaya tahu “ Binatang pun boleh kene sihir , apatah lagi manusia kene sihir . Semuanya atas izin Allah “. InshaAllah denga izin Allah semuanya dh berakhir. kami berlindung dengan Allah. semua yg jadi sebab aku lalai. Dalam prosess merawat, tanpa saya post dia tetap tahu apa yg saya buat sbb dia deal dgn mkhluk halus. Jin dia pun ade dalam rumah perhati apa kami buat dan akan smpaikan pada dia. Ape ape pun jangan marah pada si pelaku. Dia islam, melayu, muda. Tolong ramai ramai, doakan dia. Semoga dia berubah, semoga dia balik semula pada jalan Allah. Semoga Allah bersihkan hati dia dari penuh hasad dengki. Saya tahu dia siapa, angkara dendam. Saya maafkan dia, saya tknk hidup dalam dendam. Semua yang jadi pun ujian utk saya dan dia. Sihir yang smpai pun atas izin Allah, sihir batal pun atas izin Allah. Saya maafkan dia, walaupun kucing saya sakit. #kucingdisihir #sihirkucing #sihirdendam #kucing #cat #fyp #foryou #foryoupage original sound - Meelchaa’s cat

Nak hantar sihir pada tuan tapi kucing yang jadi mangsa

Menerusi video tersebut, difahamkan individu tersebut tidak berpuas hati dengannya dan cuba untuk menghantar sihir kepadanya.

Namun, kucingnya yang bernama Todd pula yang menjadi mangsa kerana terkena sihir tersebut. Akibat perbuatan itu, kucingnya dilihat lemah dan mengeluarkan muntah darah.

"Semoga dia berubah, semoga dia balik semula pada jalan Allah. Semoga Allah bersihkan hati dia dari penuh hasad dengki. Saya tahu dia siapa, angkara dendam," tulis wanita berkenaan.

"Naik bulunya tahan sakit. Kesian kat awak meow" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut bersimpati dengan kucing peliharaanya itu dan memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 203K views, 6,768 likes dan 309 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Semoga diberikan kesembuhan yang cepat buat kucing itu dan semoga si pelaku insaf :(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: