seismik

Pernah Ditolak Bekerja Sebab Pakai Tudung, Wanita Ini Bukti Mampu Buka Restoran Di Korea

Tahniah sis!

Cover image via @kimseri_eina (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Zaman sekarang, bukan senang mahu mendapat pekerjaan

Bukan saja di negara sendiri, tetapi di negara luar juga. Hal ini kerana bekerja di luar negara banyak syaratnya yang kita perlu patuhi. Namun, jika masih tidak dapat bekerja itu bukanlah satu alasan untuk kita terus patah semangat.

Seperti video di TikTok ini yang memaparkan seorang wanita membuktikan berjaya membuka restoran sendiri di Korea selepas melalui pengalaman pahit telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Bukti mampu buka restoran di negara orang

Menerusi video tersebut, wanita yang dikenali sebagai Kim Seri itu berkongsi pengalaman pahitnya ketika berada di Korea.

Difahamkan, pada masa itu dia ingin meminta kerja di sebuah restoran. Namun, pekerja yang bertugas memberitahu mereka terpaksa menolak kerana tidak menerima pekerja yang memakai tudung.

Pengalaman pahit itu masih dirasakannya sehingga hari ini. Siapa sangka, dengan usaha, berkat dan doa. Dia kini berkongsi mampu membuka restoran sendiri di Myeondong, Seoul, Korea Selatan.

"Yeay another halal food in Korea" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka dan tumpang gembira atas pembukaan restorannya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.3M views, 160K likes dan 3,630 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Bangga tengok anak Malaysia mampu capai cita-cita mereka :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: