"Sampainya Hati" - Staf Kesihatan Dedah Ramai Hantar Ibu Bapa Ke Hospital Menjelang Raya
Sedih dengar.
Tinggal berbaki beberapa sahaja untuk semua umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri
Sudah tentu, ramai tidak melepaskan peluang untuk pulang ke kampung halaman betul tak? Nak tengok ibu ayah dan saudara mara yang jauh.
Momen inilah kita semua dapat berkumpul sebagai satu keluarga. Iyalah bukan selalu dapat berjumpa betul tak. Tambahan lagi buat ibu dan ayah yang jauh.
Namun, baru-baru ini seorang staf kesihatan mendedahkan 'perangai' segelintir anak yang meninggalkan ibu bapa mereka di hospital sewaktu musim perayaan telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video itu di bawah:
Ramai 'anak tanggang' hantar ibu ayah uzur ke hospital bila tiba musim perayaan
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki yang juga seorang staf kesihatan berkongsi perangai segelintir anak-anak yang sanggup meninggalkan ibu bapa mereka.
Menurutnya, menjelangnya musim perayaan ramai anak-anak akan menghantar ibu bapa mereka yang sudah uzur ke hospital, manakala mereka pula gembira beraya.
"Sebab nak mudahkan urusan mereka balik kampung bercuti dan sebagainya," jelasnya.
Tambahanya lagi, ada yang sehingga tahap tidak memberi makan dan minum selama beberapa hari sehingga ibu bapa kurang zat untuk membolehkan menghantar mereka ke hospital.
Malah, ada yang memberi alasan tak mampu menjaga sendiri kerana sibuk bekerja.
Image via @ayietdf (TikTok)
"Ya Allah, tak sangka ada kes yang macam ni. Sampai hati anak-anak" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut sedih mendengar penjelasan itu dan memberikan pandangan mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 53.8K views, 3,119 likes dan 562 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @ayietdf (TikTok)
Image via @ayietdf (TikTok)
Image via @ayietdf (TikTok)
Image via @ayietdf (TikTok)
Image via @ayietdf (TikTok)
Sedihnya dengan realiti hari ini :'(
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment