seismik

[VIDEO] Kucing Tiba-Tiba Lompat Atas Badan Masa Ustaz Bagi Ceramah Curi Tumpuan

Sedap landing ya meow.

Cover image via @syeikhnazrulnasir (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti yang kita tahu kucing merupakan haiwan peliharaan kegemaran ramai kerana sifatnya yang comel dan jinak

Maka, tidak hairanlah ramai yang cair dengan kecomelan haiwan ini. Kita boleh lihat kucing berada di merata-rata tempat juga.

Malah, kucing dikatakan merupakan haiwan peliharaan Nabi Muhammad SAW yang paling disayangi Baginda.

Namun, lain pula dengan video di TikTok ini apabila seekor kucing tiba-tiba melompat naik ke atas badan seorang ustaz telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video itu di bawah:

Melompat naik masa ustaz tengah bagi ceramah

Menerusi video tersebut, kelihatan semasa itu sedang berlangsungnya sesi ceramah yang disampaikan seorang ustaz di sebuah masjid.

Namun, tiba-tba datang seekor kucing melompat naik ke atas badan dan kepalanya ketika dia sedang asyik menyampaikan ceramah.

Lebih mencuri perhatian lagi kucing tersebut dilihat seperti tidak mahu turun dan selama 'landing' bersama ustaz berkenaan.

"Kucing naik syeikh, hahaha" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 852.8K views, 118K likes dan 2,323 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Amboi, pandai tak mahu turun ya :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: