Sangka Ada Latok Di Tasik Titiwangsa, Cara Si Suami Tegur Pula Jadi Perhatian Warganet
Teringin pula nak makan latok fresh.
Keenakan makanan laut di Borneo sering menjadi rebutan bagi penduduk di semenanjung Malaysia
Iyalah, sumber makanan laut disana jauh lebih murah dan mudah didapati jika nak dibandingkan dengan kehidupan di semenanjung.
Baru-baru ini, tular satu video berkenaan seorang wanita yang menyangka ada latok di Tasik Titiwangsa telah menjadi perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ingatkan latok, rupa-rupanya lumut rumpai dalam tasik
Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @ayranasir3 di TikTok, gelagat seorang wanita yang dilihat sedang berjalan-jalan bersama suaminya di sebuah tasik.
Apa yang lebih melucukan, wanita tersebut menyangka bahawa lumut rumpai pada tasik itu adalah latok dan boleh dimakan.
Jawapannya itu disangkal oleh suaminya dengan gelagat comel. Jelasnya, latok hanya ada di laut bukannya di tasik.
Image via @ayranasir3 (TikTok)
Image via @ayranasir3 (TikTok)
Image via @ayranasir3 (TikTok)
"Marah betul abang tu dekat akak" - Netizen
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat sepasang suami isteri itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 695.2K tontonan, 32.5K tanda suka dan 463 komen di TikTok.
Berikut di bawah adalah komen menarik di TikTok:
Image via @ayranasir3 (TikTok)
Image via @ayranasir3 (TikTok)
Image via @ayranasir3 (TikTok)
Min pun tadi hampir-hampir percaya tu latok :/
Image via TENOR
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment