Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Sayang Adik Sampai Air Mata Bercucuran, Abang Tak Berhenti Menangis Ini Buat Ramai Sebak

Sebak adik dah jadi isteri orang.

Cover image via @_shafiqnizam (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Hari pernikahan merupakan hari yang ditunggu-tunggu buat bakal pasangan pengantin

Namun, hari bahagia itu juga merupakan hari yang membuatkan ramai ahli keluarga sebak kerana seorang ahli keluarga bakal tinggalkan rumah dan hidup bersama pasangannya.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki menangis teresak-esak ketika majlis pernikahan adiknya telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menangis teresak-esak kerana adik kesayangan telah bernikah

Menerusi video berkenaan, kelihatan rakaman memaparkan situasi majlis pernikahan yang sedang dijalankan di sebuah lokasi. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila salah seorang lelaki yang merupakan abang kepada pengantin perempuan dilihat menangis. Disebabkan terlalu sayangkan adiknya itu, dia merasa sebak. 

Dia dilihat sentiasa membawa tisu untuk mengelap air matanya sehinggakan ahli keluarganya datang kepadanya untuk memujuk. 

Lihat video sambungan itu di bawah: 

"Apa pasal dengan aku nangis sekali ni. Kita sebenarnya adik beradik ke?" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.9M tontonan, 241K tanda suka dan 4K komen di TikTok, rata-rata netizen juga turut sebak. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @_shafiqnizam (TikTok)

Image via @_shafiqnizam (TikTok)

Image via @_shafiqnizam (TikTok)

Rapat sangat sampai rasa kehilangan :'(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment